Jun 18

Salam Ramadhan Mubarak…

Assalamualaikum…

Dah lama betul tak update blog ni. Dah bersawang dah ye. Sekarang banyak update di Hanis Healthy Life je, itupun kadang tak tersempat update. Alhamdulillah, puasa kali ni dah 20 minggu usia kandungan ketiga ni. InsyaAllah lebih kurang 6 tahun juga berpeluang berpuasa penuh.

Masa anak pertama, first dapat tau pregnant masa bulan puasa. Lepas tu menyusu 2 tahun, alhamdulillah dapat puasa penuh, kemudian mengandung yang kedua pula. Dan dapat puasa penuh lagi sebab menyusu. Setakat ni semasa menyusu memang period datang lambat. masa anak pertama, masa usia dia 1 tahun 8 bulan. Yang kedua ni, masa usia dia 2 tahun cukup. Harapnya kali ni pun dapat puasa penuh, insya Allah.

Memang ada rukhsah untuk ibu hamil dan menyusu, tapi Alhamdulillah, setakat ni kesihatan ibu dan bayi semuanya baik. Dan masa ni la nak rebut peluang pahala berganda-ganda kan, yang takde pada bulan lain. Rasa rugi kalau tak puasa dan buat banyak-banyak ibadah pada bulan ni sebab Allah dah janjikan pahala berganda. Sama macam orang nak bagi kita hadiah & bonus besar tapi kita tak nak pula, sedangkan kita memang sangat memerlukannya. Tak ke sombong tu namanya.

Tapi kalau memang tak mampu dan memudaratkan diri sendiri dan baby, jangan pula tak ambil rukhsah tu ye. Hanya kita yang tahu badan kita. Sepanjang puasa saya memang ada ambil supplemen untuk membantu kecergasan saya. Alhamdulillah, memang membantu saya untuk lebih cergas bertenaga.

 

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Ramadhan mubarak pada semua. Saya sharekan checklist untuk bantu kita buat lebih amal dalam bulan puasa ni ye. Kalau takde checklist ni, mungkin ada yang kita terlupa.

checklist ramadhan

 

Jom jadikan Ramadhan kali ni Pesta Ibadah yang lebih meriah. Mula dengan Gear 1, 10 malam terakhir kita pecut sehabis baik.

Anak dara pandai pula babywearing sambil menyusu anak patung

Anak dara pandai pula babywearing sambil menyusu anak patung

Aug 30

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berjaya menahan dan menundukkan nafsu, akhirnya marilah sama-sama kita meraikan kejayaan kita ini. Oh, bukan dengan menggula-gulakan kembali nafsu tetapi sebagai insan yang baru. Seperti keadaan bayi yang baru lahir iaitu dalam keadaan fitrah, bersih dan suci. Semoga semua yang menjalani ibadah puasa kali ini, lulus dengan cemerlang dalam Univeristy Tarbiyyah Ramadhan.

Ummi Muadz tahun ni beraya di pejabat sahaja. Muadz dan ayah je lah yang pegi beraya. Itupun tak tau ayah Muadz sempat beraya atau tidak sebab kena ambil dan hantar ummi Muadz. Akhir Ramadhan kali ni, memang ujian buat kami. 2 minggu sebelum berakhir Ramadhan, Muadz sakit mata. Bukan setakat merah tapi matanya bengkak sampai nak tertutup mata. Seminggu kemudian, bila muadz dah nak baik, ummi dan ayah pula sakit mata. Sama simptom dengan muadz.

Sedikit sedih kerana 10 malam terakhir tak dapat buat sehabis baik, namun itulah yang terbaik yang telah Allah berikan kepada kami. Walau bagaimanapun tetap seronok kerana tahun ni dapat menunaikan cita-cita untuk iktikaf di masjid shah alam bersama muadz. muadz bukan main seronok. pukul 4 lebih dah bangun sahur sama2 pastu main2 ke sana ke mari. Orang solat dia pun sibuk nak solat. Setakat ni baru pandai takbir dan sujud. Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh ya Muadz.

Oh, sedikit pesanan kepada pengunjung hanisamin.com.

Akhir kata, salam aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf zahir batin..

Aug 01

Salam Ramadhan…

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. akhirnya kita berjumpa juga Ramadhan tahun ni. Harapnya dapat teruskan puasa hingga ke akhirnya. Tiba-tiba teringat seorang sahabat yang tak sempat habiskan Ramadhan dan jumpa Syawal tahun lepas. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.

Alhamdulillah, malam tadi dapat mengerjakan solat terawikh di masjid walaupun sedikit kelam-kabut sebab semua orang siap lambat. dah azan isyak masih di rumah, nak ke masjid shah alam yang memang penuh tu pula. oh ya, pagi ahad tu kami buat bacaan tahlil dan doa selamat. cuma adik-beradik saya dan mak ayah sahaja. takde ajak orang luar pun. baca tahlil untuk arwah tok, nenek, moyang dan saudara-mara.

jadi, malam tu dengan 2 orang anak buah dan muadz lagilah kelam-kabut. seorang anak buah lelaki dan selamat ikut pak teh dia. so oklah. kami pergi 2 kereta sebab tak muat satu kereta. nak cari parking punyalah penuh. tapi yang sedihnya biasanya fenomena ni berlaku awal2 puasa aje. lepas seminggu saff pun makin kurang. 10 malam terakhir lagilah kurang sebab semua dah sibuk persiapan raya. Sedangkan 10 malam terakhir tu lah kita nak all-out beridadat yang paling terbaik sekali sebab Allah janjikan Lailatul Qadar. Tapi orang lebih suka memikirkan lailatul cadar, langsir, kuih muih dan lain-lain. huhuhu. Kalau nak beli baik beli awal-awal. Oh ye, kakak ipar saya ada jual cadar. Boleh tengok di FB dia di sini. kakak saya pula ada jual kurma di sini. hehe. adik beradik business. tongue

Continue reading

Aug 17

Susu kurang di bulan puasa?

Assalamualaikum…

Tentu ramai ibu yang risau kalau susu kurang di bulan puasa. sebelum ni takde la nak fikir sangat pun. tapi selepas beberapa hari puasa, ada nampak effect sikit bergantung pada cara pemakanan masa sahur. So pemakanan sangatlah penting untuk wanita yang menyusukan anak.

Sabtu lepas terlepas waktu sahur, bangun je dengar azan tapi tawakkal aje la. bila dah petang-petang tu memang terasa kekeringan. Muadz pula asyik nak menyusu. agaknya dia tak puas kot sebab susu tak banyak. sebab sehari sebelum tu, hasil pam di waktu petang memang sangat kurang berbanding selalu. by 6.30 saya dah start rasa seram-sejuk dan pening-pening. rasa sayang nak berbuka sebab lagi sikit je lagi. by pukul 7 badan dah menggigil sikit. bila bangun je dari duduk rasa macam nak pitam sikit. masa tu memang berdoa je semoga Allah kuatkan diri ini. Alhamdulillah berjaya juga habiskan puasa. berbuka terus makan 2 biji kurma dan minum Shaklee ESP+PD dan air masak yang agak banyak. kemudian, solat maghrib dan makan nasi.
Continue reading

Jul 22

Puasa dan mengepam

Assalamualaikum..

Hari ni saya berpuasa sunat. dah lama tak berpuasa, risau pula nak berpuasa sambil mengepam dan menyusu ni. Ramai yang kata hasil akan kurang tetapi ada juga yang kata hasil sama aje, yang penting MIND SET.

Yup, untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni mind set adalah sangat penting. Pagi tadi alhamdulillah dapat bangun sahur. Si kecil pun bangun juga. Mula-mula risau dia sibuk nak menyusu aje. Biasa bangun menyusu dan tidur balik. Alamat ummi tak boleh nak makan la macam ni. Alhamdulillah, dia bangun terus nak main. Dah mula nak sembang-sembang.
Continue reading