Dec 27

Soya boleh membanyakkan susu?

Assalamualaikum…

Salah satu makanan yang boleh membanyakkan susu adalah soya atau sumber protein yang lain. Sebab tu bila ambil ESP Shaklee pun dapat membantu membanyakkan susu. tapi kadang-kadang asyik minum soya suam atau ESP sahaja pun boring juga kan.

Apa kata kita cuba pelbagai resipi Taufufah? Taufu pun salah satu sumber protein tau. Boleh buat special macam kat hotel sket. Kalau berjaya boleh buat business. Mana nak dapat resipi banyak-banyak? Boleh klik banner di bawah.


Continue reading

Jul 06

Makanan penambah dan pengurang susu

Assalamualaikum..

Semalam susu saya tiba-tiba berkurangan. bila pam tak macam biasa. alhamdulillah, masih cukup untuk baby tapi macam agak terkejut. hari ni, lagi kurang dari semalam. mungkin sebab saya tukar corak pemakanan. sebelum ni pagi-pagi minum air coklat, sekarang ni minum air masak je. ada kaitan ke?

Baby baru 2 bulan lebih. Ni belum lagi masuk bulan puasa atau datang bulan. agak merisaukan juga la. Jadi saya pun cari di susuibu.com.
Continue reading

Apr 22

Pemakanan dalam pantang

Assalamualaikum…

Akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Tips pemakanan dan resipi dalam pantang seperti yang dijanjikan. Lama betul berjanji, akhirnya baru nak siap. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sendiri nak print untuk kegunaan saya semasa dalam pantang nanti. laughing Saya dah pun selamat print dan letak bersama-sama beg buku bayi yang saya akan bawa ke rumah mak nanti.

Saya letakkan semua maklumat yang saya dapat untuk penjagaan bayi dan ibu semasa dalam pantang dalam satu beg untuk memudahkan. Buku tu hanyalah hasil pencarian saya, bukan pendapat peribadi. Tetapi saya ada membuang dan menambah maklumat yang saya rasakan perlu dan sesuai dengan saya. Jadi, untuk orang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Continue reading

Dec 29

Kejang@cramp semasa mengandung

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni hampir tiap-tiap malam saya mengalami kejang di betis dan tapak kaki. Kalau kejang tu memang tak boleh bergerak, nak menjerit pun tak keluar suara sebab sakit sangat. Jadi hubby hanya tau saya kejang keesokan harinya. Tapi itupun nak jalan masih sakit juga lagi terutama bila kejang di betis.

Ada baca dalam majalah bahawa kejang ni adalah disebabkan kurangnya kalsium. Masa mengandung memang perlukan banyak kalsium sebab baby pun perlukan kalsium yang banyak untuk pembentukan tulang-tulangnya.

Saya akui, sejak mengandung memang sangat kurang minum susu. Entah kenapa, tak boleh nak masuk susu dalam tekak. Masa first trimester memang kalau minum akan muntah tapi selepas itu pun masih tekak terasa payau lepas minum susu. Tapi kadang-kadang paksa diri juga. Anmum yang dibeli masa awal mengandung tak habis lagi sampai sekarang sedangkan kandungannya taklah sebanyak mana. Kalau minum hari-hari tak sampai sebulan boleh habis sebab beli pack kecil. Tapi punyalah payah nak telan.

Ubat kalsium yang doktor bagi pun susah nak telan. Pernah sekali lepas telan ubat tu muntah, habis nasi dan ubat semua keluar sekali. setiap kali nak telan ubat mesti perlukan mujahadah yang sangat kuat.

Akhirnya, weekend lepas masa di rumah mak mertua tanya akak ipar apa yang dia buat bila alami kejang. Dia kata dulu dia hari-hari kejang tapi lepas minum susu kambing hi-goat alhamdulillah tak kejang dah. saya pun cubalah satu peket. Sedap. Memang senang nak telan. tepung dia pun lembut dan sangat mudah larut dalam air. keesokan harinya terus kami cari dan beli. Harap-harap dapat mengurangkan kejang lepas ni.

Harga sekotak RM36 sebab bukan ahli. Beli di kedai yang banyak jual jamu-jamu atau barang-barang bersalin tu je. dalam tu ada 15 peket. Amboi, sejak mengandung ni asyik makan benda mahal je. hari tu ada yang kata baby ni high standard ni. yelah nak oii..kopak la ummi ngan ayah nanti. Masa first trimester memang selalu tak lalu makan tapi bila makan kat restoran cam JM beriyani tu boleh pula telan. Air pula boleh telan jus epal fresh dan jus oren fresh aje. lepas dah tak mabuk baru ok sket minum air lain. itupun selalu juga tak berselera nak makan. tapi bila makan makanan mahal ok la pula. Amboi, memilih plak anak ummi ni ye. Takpelah, bak kata hubby duit boleh dicari. Yang penting, anak ummi dan ayah ni jadi penegak agama Allah. Ummi dan ayah dah invest macam-macam ni, dah banyak kemudahan diberi, takde alasan tak boleh jadi seorang hamba Allah yang baik, ok. (melainkan kalau ummi dan ayah tak didik betul-betul. ops…winking. semoga Allah membantu kami mendidik anak kami untuk mencapai redha Allah. Amiin.

Selain itu, hubby juga ada ambil satu krim water base yang panas untuk mengurut dari ayahnya. Minyak angin tu memang best. sampai pagi terasa hangatnya tapi masa mula-mula letak rasa sejuk. dan disebabkan ia water base takdelah rasa berminyak. Lagi best bila ada tukang urut. memang rasa lega sangat kaki. lepas kena urut 2 malam berturut-turut, kaki dah tak rasa lenguh. mula-mula segan juga nak kena urut. (ada ke orang segan dengan suami sendiri??) tapi dah dia beria nak urut, biar aje la. Urut kaki aje tau.

Nov 18

Sembelit semasa mengandung

Assalamualaikum..

Dari bahan pembacaan memang masalah ni adalah masalah biasa untuk ibu-ibu yang mengandung. Saya ada masalah sukar untuk membuang sebelum mengandung. Saya kena pastikan saya makan sayur hijau setiap hari supaya tidak bermasalah. Alhamdulillah, semasa mengandung saya tidak pula menghadapi masalah. (Mungkin belum lagi. harap-harap tak la). Semasa mengandung ni memang saya sangat tak gemar makan sayur hijau. entah kenapa, jadi tak lalu. kalau makan pun sikit-sikit je.

Tapi nak berkongsi tips untuk ibu-ibu di luar kalau ada yang menghadapi masalah ni. Cuba makan pisang dan minum air masak. Sebelum kawin saya ada amalkan banana diet. Cara diet ni mudah iaitu breakfast dengan pisang dan air masak. nak makan pisang berapa biji pun takpe. tapi kena minum air masak sahaja. lepas 2-3 jam baru boleh makan/minum benda lain. Alhamdulillah memang ada kesan walaupun lambat sedikit. Dan hasilnya sistem pelawasan saya juga berjalan lancar.

Ok, back to the topik. beberapa minggu lepas pun saya hampir mengalami masalah sembelit tapi sekarang ni petang-petang saya selalu beli pisang dan minum dengan air masak. beli pisang tu sebab lapar sebenarnya. dan macam dah tak lalu asyik makan biskut dan roti. jadi makan la pisang.

Alhamdulillah, kadang-kadang sampai 2 kali pergi membuang. Kalau sesiapa yang ada masalah sembelit mungkin boleh cuba cara ni. Siapa yang dah try, care to comment?

Nov 16

Makanan jepun

Assalamualaikum..

Jumaat lepas kami ke One Utama(OU) lepas balik kerja. Sebab ada nak membeli-belah sedikit. Dah boring asyik pergi Giant, Kota Damansara jadi request dengan hubby nak pegi OU yang memang on the way nak balik rumah pun. Dalam hati dah berkira-kira nak makan makanan jepun. Rasa nak makan nasi jepun tapi nak cuba cari kat food court je. Kalau kat kedai teppayaki yang selalu ada tu dia pakai beras malaysia.

Mula-mula cakap dengan hubby nak cari kat food court je. kalau takde tak payah la. Tapi hubby beria juga nak cari restoran jepun sebab dia kata saya dah asyik sebut dari awal mengandung. Takut mengidam sebab asyik tak lalu makan je. Kot-kot ada benda yang nak makan tapi tak dapat.

So kami pun mulakan pengembaraan cari kedai makanan jepun. Kat situ memang banyak betul restoran jepun, cuma kena tengok betul-betul la. Kami buat keputusan cari restoran yang paling dekat dengan tempat kami berdiri masa tu. So nampaklah kedai Sakae Sushi, tengok pula kat luar ada promotion dengan harga yang agak murah. Terus mata bersinar-sinar.

Tengok-tengok sket, hubby kata ada seorang pekerja perempuan pakai tudung dalam tu, pastu ada tulis no pork serve. So yakin tawakkaltu a’lallah, kami pun masuk. rupa-rupanya set yang murah tu sampai pukul 6 aje. takpelah. Tengok pula sushi yang banyak berpusing-pusing kat merah, waaahhh. sangat teruja. Hari tu ada baca sushi tak berapa elok untuk ibu mengandung sebab dia raw. Tapi kak long kata ada kawan dia ok je, siap makan banyak lagi. Hubby plak kata makan la sket, nanti mengidam plak.

So kami pun order satu set nasi dan set unagi(belut) dan tempura tambah satu nasi. Hubby kata takut dia tak lalu makan, so amik satu set aje la. unagi tu memang favourite saya di jepun, malah hubby pun dah kena pengaruh. hehehe. Dalam set tu ada juga chawan mushi(desert macam tau foo fa sket) dan miso shiru(soup).

Mesti boring baca je tak tengok gambar kan. Meh tayang sket gambar setnya.

Nasi bersama unagi dan tempura labu

set makanan

erm..maaf agak kurang rajin edit gambar dan label. sebab PC baru ni office belum install photoshop. dalam mangkuk nasi tu ada tempura labu dan unagi yang dah dipotong kecil. lepas tu sempat sambar 3 pinggan sushi. saya agak kurang berminat sushi yang masak kecuali unagi, memang dari kat jepun, tak berapa suka sushi yang dibalut dengan seaweed. sebab biasanya dalamnya adalah sayur atau telur. Kami makan satu pinggan sushi salmon bakar, unagi dan salmon mentah. hubby makan satu je salmon bakar. yang lain dia tak lalu. ops…gambar sushi tak sempat nak ambil. dah selamat telan. Rekod paling banyak makan sushi di jepun adalah 13 pinggan. dan saya sangat suka wasabi. biasa kalau pegi kedai sushi akan minta wasabi lebih sampai mamat jepun pun dok terpandang-pandang.

Tapi wasabi yang ada di restoran tu tak berapa pedas. saya rasa saya dah letak agak banyak tapi tak terasa apa-apa. sebiji-sebiji saya ikut macam masa kat jepun, minum air teh hijau. Tapi dia guna dalam uncang, jadi rasanya agak mild sedikit.

Green Tea

Rasa sangat puas dapat makan makanan jepun. Hubby pun kata dah lama tak tengok saya makan dengan bersemangat. hehe. Selalu asyik tak semangat je nak makan sebab tak lalu. Rindu kat makanan jepun kot. Pernah sekali hampir tiap-tiap minggu pegi kedai sushi (yang murah je la, 105yen sepinggan) sampai dah nak muak dah.

Nyum...Nyum...

Kaitenzushi

Boleh order guna screen ni

Oh…rindu jepun.. (masa kat Jepun sibuk nak balik, dah balik sibuk nak ke sana pula. Manusia…manusia.. tak pernah puas dengan apa yang ada…winking