Mar 31

Sebab susu merudum

Assalamualaikum…

Maaflah, lama tak berupdate blog ni. Agak sedikit sibuk kebelakangan ini. huhu. Asyik cerita cara nak upkan susu, apa kata kali ni kita tengok pula faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu merudum atau berkurangan.

  • Tidak mengosongkan payudara dengan betul dan kerap. Ini dah memang asas penyusuan. Kena kerap kosongkan payudara. Buatlah macam-macam cara untuk upkan susu pun tapi kalau benda paling asas ni tak buat makin lama akan makin berkurangan.
  • Kurang minum air masak. Bukan air yang manis-manis tu, air masak yang kena minum banyak. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari ye.
  • Stress. Yup, bila kita stress boleh tengok hasil pam berkurangan. Saya pernah pam dapat 2oz je sedangkan sebelum tu tak pernah sampai macam tu.
  • Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat. Bila makanan yang diambil kurang berkhasiat automatik tahap kesihatan ibu pun berkurangan, maka susu pun akan mula berkurangan. Kalau tak dapat penuhi piramid makanan, boleh ambil supplemen untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya.
  • ibu tidak sihat. biasanya bila ibu tidak sihat, hasil pengeluaran akan sedikit berkurangan daripada biasa. sebab ibu pun tak larat kan.
  • Mengandung. Biasanya apabila mengandung susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh hormon semasa mengandung.

Apa lagi ye? Setakat ni, itu je yang terfikir. siapa nak tambah silalah komen untuk menambah senarai yang ada di atas ya.

Mar 10

Rahsia Stok Susu Banyak

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi tips membanyakkan stok susu dari puan Sarakids. Semoga kita dapat sama-sama manfaatkan.

  1. Mula memerah dari hari ke-4 selepas kelahiran.
    Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
  2. Tidak memberikan anak susu perahan semasa tempoh berpantang dan hanya menyusukan secara terus.
    Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
  3. Percaya pada konsep supply and demand.
    Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
  4. Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
    Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannyn.
  5. Displin dalam penyusuan.
    Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
  6. Pengurusan EBM yang betul
    Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.

    Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.

    Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
    Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.

    Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan :-) 2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!

    Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.

    Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.

    Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini :-)

    ** Kadangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.

    Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun.

  7. Makan makanan penambah susu
    Ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
  8. Doa yang tidak putus.
    Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  9. Percaya pada diri. Redha.
    Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
  10. Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita happy

Dulu saya dapat simpan 5-6 oz sehari. Sekarang ni macam dah tak cukup. Cukup-cukup untuk sehari je. Jadi, apa yang saya buat. Saya simpan juga 5-6 oz sehari dan gunakan frozen EBM untuk bekal anak. Maknanya anak saya akan dapat 4 fresh EBM dan 2 frozen EBM.

Jadi, tidak membazirlah EBM yang lama dan berterusanlah frozen EBM anak saya. memang sebaiklah bagi yang fresh sahaja tapi nak buat macam mana. Kalau tak buat macam ni, makin lama habislah stok susu saya terpaksa dibuang bila expired dan tiada stok baru.

Sebelum ni tak perah pada hujung minggu (sungguh bukan contoh yang baik tongue ). Sekarang ni bila sempat, saya akan perah juga di hujung minggu untuk dijadikan bekalan muadz atau dijadikan stok. Lagipun sekarang ni Muadz dah pandai main sorang-sorang, so sempat la juga nak curi-curi memerah di masa lain.

Mar 02

susu merudum…

Assalamualaikum…

Hari ni saja nak membebel + meluahkan perasaan. Lately ni kerja sangat banyak di office, maka jadual mengepam pun tunggang-langgang ditambah pula dengan tension pasal kerja dan kesihatan yang kurang memberansangkan, maka production pun menurun dan makin menurun. uwaaaa….. sedih… crying

Muadz baru 10 bulan. tak masuk setahun pun lagi. oh, tidak… crying bila makin sedih dan down makan makinla kurang. huhuhu. dah cuba to be positif, tapi kadang2 dalam kepala banyak je benda yang berpusing-pusing.

jadual makan pun tunggang-langgang sekarang ni. pagi biasa makan roti je. tak sempat nak membeli. sekejap je dah lapar. tengah hari kalau tak sempat pun beli roti juga lagi. kalau rehat lambat, kawan-kawan lain pun akan rehat lambat. kesian la pulak orang lain takleh nak rehat. makanya bila makan tunggang-langgang, macam mana la badan nak sihat. dah la sekarang ni asyik cepat lapar.

masa ni terasa cam nak berenti je kerja. tapi project back-up tak siap lagi. bila project back-up dah siap dan konsisten baru boleh berhenti kerja. tapi masa bila nak buat projectnya bila asyik busy. huuuuu.. stress..stress..

ok..ok.. bertenang.. istighfar banyak-banyak sket. Astaghfirullah. mungkin ini tarbiyah dan ujian Allah. nak tengok ketahanan diri ini. Ya Allah, berkatilah masa kami. pandulah kami menggunakan masa yang diberikan dengan penuh manfaat dan keberkatan. Amiin…

Feb 09

Latih anak minum guna botol

Assalamualaikum…

Ada sesetengah bayi yang bermasalah untuk minum pakai botol walaupun minum susu ibunya sendiri yang diperah. untuk melatih bayi, memang perlukan kesabaran. sebaik-baiknya latih 3 minggu sebelum anda mula bekerja. elakkan mula terlalu awal untuk mengelakkan berlaku nipple confuse dan bayi menolak terus untuk menyusu dengan ibu.

Sebelum mulakan latihan perlu persediaan dulu. Antara persediaan yang perlu dibuat.

  • Beli botol dan puting yang menyerupai B ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. Antaranya tommy tippee, NUK, MAM. Personally, saya sukakan Tommy tippee sebab bentuk putingnya yang lebar dan pendek, macam bentuk B.
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.

Sampai sekarang Muadz masih guna yang ini.

Ok. dah bersedia dari segi mental dan emosi? Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.

Sebaiknya elakkan guna susu beku. susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.

Semasa beri bayi minum guna botol, saya tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk saya tarik bagi dia rehat sedikit kemudian hisap lagi.

Semoga berjaya!

Jan 28

susu kurang? Apa nak buat?

Assalamualaikum…

Hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan. Hidup ini seperti roda sentiasa ada naik turunnya. sama juga dengan dunia penyusuan. kebelakangan ni susu yang diperah sedikit berkurangan. Mungkinkah kerana tidak sihat dan tidak mengepam minggu lepas? Mungkinkah sebab bertukar jadual makan vitamin? Mungkinkah sebab kurang konsisten berdoa? Wallahua’lam.

Tetapi yang penting, ini bukan akhirnya. susu kurang kita cuba banyakkan balik. Antara usaha tambahan yang boleh dilakukan :
Continue reading

Oct 13

Jadual pam yang baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seperti yang ditulis di sini, dah selamat pindah rumah weekend lepas. office dah selamat pindah 2 minggu lepas. Alhamdulillah..

Sekarang ni office dengan rumah 15 minit tapi dah mula kena drive sendiri sebab hubby still kerja kat KL. lagi pun sekarang ni parking dah free jadi takde alasan la. sebelum ni parking rm24 untuk 8 jam. jadinya tak boleh la nak pam dalam kereta lagi sebab kena drive sendiri. takpelah, berdikari sikit.
Continue reading

Oct 01

Bayi minum banyak

Assalamualaikum…

Saya ada dapat email, ada seorang sahabat yang anaknya minum banyak dan dia masih belum sempat buat stok. hantar ke taska 6x3oz dan semuanya habis. saya pun mula terfikir, anak saya minum sikit sangat ke? tapi bila dengan saya ok je. poo poo dia pun ok. tapi memang dah biasa macam tu dari mula hantar. saya tengok memang kebanyakkan orang bagi 6x3oz, lebih bilangan botol pun ada.
Continue reading

Aug 24

pengurusan EBM di taska

Assalamualaikum…

Semalam terpaksa membuang 3 bekas EBM dalam bekas dadih tu. Lebih kurang 5 1/2 oz terpaksa dibuang sebab dah expired. rasanya lepas ni pun ada yang bakal menyusul. lupa pulak nak ambil gambar sebelum buang.

hubby kata membazir je. baik bagi kat taska. hmm…ada juga terfikir, membazir buang EBM tu. sebelum ni ada bincang dengan kawan, nak jadikan anak dia anak susuan sebab susu dia sikit dan dia kena top-up formula. daripada top-up formula pilihan yang lebih baik adalah susu ibu dari ibu lain. tapi hubby dia macam tak setuju dan nak cuba juga. Yelah, ibu dia pun sedih sebab tak dapat nak bagi susu dia sepenuhnya.
Continue reading

Jul 22

Puasa dan mengepam

Assalamualaikum..

Hari ni saya berpuasa sunat. dah lama tak berpuasa, risau pula nak berpuasa sambil mengepam dan menyusu ni. Ramai yang kata hasil akan kurang tetapi ada juga yang kata hasil sama aje, yang penting MIND SET.

Yup, untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni mind set adalah sangat penting. Pagi tadi alhamdulillah dapat bangun sahur. Si kecil pun bangun juga. Mula-mula risau dia sibuk nak menyusu aje. Biasa bangun menyusu dan tidur balik. Alamat ummi tak boleh nak makan la macam ni. Alhamdulillah, dia bangun terus nak main. Dah mula nak sembang-sembang.
Continue reading

Jul 22

First toy

Assalamualaikum…

Isnin lepas bercuti sebab Jepun cuti. Jadi, saya dan suami mengambil kesempatan untuk ke Toys R Us dan beli mainan Muadz. Saya tercari-cari mainan yang juga boleh menjadi bahan pembelajaran Muadz.

Mula-mula ingat nak cari baby bath book. Konon nak perkenalkan buku dari kecil tapi buku yang ada besar. Muadz pun tak pandai pegang lagi tapi dah boleh menggenggam. buku tu pula takde bunyi-bunyi. setelah mencari-cari kami jumpa mainan di bawah.
Continue reading

Jul 20

Shaklee : Hasilnya?

Assalamualaikum…

Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la. tongue

Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan sibuk bercinta dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.
Continue reading