Sep 19

Susu kambing Wildan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh barakah.

Rasa ramai dah tahu susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Saya pun sebelum ni memang ada mencuba beberapa susu kambing. Baru-baru ni saya cuba susu kambing Wildan. Waahhh…teksturnya lembut. Tak berbau kambing pula tu. Ada yang dah pernah cuba? Kalau belum pernah memang saya sarankan bagus sangat cuba.

susu kambing wildan

Untuk anak-anak setahun ke atas boleh, untuk ibu hamil, ibu menyusu pun bagus. Untuk orang dewasa pun elok untuk dapatkan sumber kalsium. Susu kambing ni pun salah satu minuman yang Rasulullah suka kan. Walaupun ada susu unta, susu lembu tapi Rasulullah lebih suka susu kambing. Cuma Rasulullah dulu minum fresh dari kambing. Sekarang ni nak dapat mungkin susah sikit. Dapat yang bentuk serbuk ni pun oklah. Boleh simpan lama sikit.

Dulu masa Muadz, nak weaning off, saya cuba bagi susu kambing fresh. Sebotol RM5. Memang mahal. Tapi sebab nak bagi yang terbaik untuk anak kan. Makin lama bila dah serasi baru start bagi susu formula. Sebenarnya kalau cukup bagi sumber kalsium tak perlu pun bagi susu. Boleh bagi badam, bayam, cheese. Tapi kena ambil banyak sikit kalau nak menyamai keperluan kalsium harian. Apa pun pilihan ibu-ibu.

Menariknya susu kambing Wildan ni memang 100% susu kambing. Ada sesetengah susu kambing, dia campur sikit susu lembu sikit atau lactose lain sikit. Ada perisa asli dan coklat. Untuk siapa yang tak berapa boleh minum susu tepung tu, boleh cuba yang perisa coklat.

Dah rasa sedap, saya pun ambil peluang untuk menjual. Yelah, benda baik, seronok share ramai-ramai kan. Harga pun mampu milik. Kalau ada yang berminat, boleh order dari saya ye.

susu kambing wildan

SUSU KAMBING WILDANSekotak RM45 je untuk semenanjung, untuk sabah sarawak RM55. Tapi harga belum termasuk pos ya.

 

Jun 10

Percutian 3 hari 2 malam PERCUMA di Sunway Resort & Spa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Sabtu lepas sehingga semalam, dapat percutian percuma di hotel 5 bintang, Sunway Resort & Spa, ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Kali ni Shaklee adakan National Conference qualifier (percutian percuma untuk mereka yang memenuhi syarat) serentak dengan Star Awards Achiever (untuk mereka yang layak dapat awards berdasarkan pencapaian tahunan). Jadi memang agak ramai dan sesak semasa event. Belum lagi termasuk mereka yang memang membeli tiket untuk hadir event ini.

Shaklee national conference

Goodie bag NC 2014

Beli tiket RM30 tapi dapat goodie bag barang berharga lebih RM70++. Memang sangat berbaloi. Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua saya layak dapat awards. Tahun lepas event sehari sahaja, tahun ni 2 hari sebab ramai sangat yang layak. Seronok tengok semakin ramai yang berjaya dalam bisnes Shaklee. Dan lebih membanggakan bila kebanyakannya adalah muslimah dan ibu-ibu. Pakaian kebanyakannya menutup aurat dan mengikut syariat. Ada la juga sikit2 yang ketat-ketat, jarang-jarang tapi sikit sangat sebab kebanyakannya mak-mak orang. Naik pentas masing-masing pimpim tangan anak, dukung anak.

Continue reading

Jan 10

Pelancaran Baby Kawaii Store

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas beberapa ketika berjaya juga siapkan Baby Kawaii Store dengan bantuan beberapa pakar. Itu pun ada juga lagi yang tak siap. Buat masa ni insyaAllah fokus kepada Cloth Diapers sahaja dulu. Bila dah berkembang, boleh tambah produk sedikit demi sedikit.

InsyaAllah more to natural produk. Oh, Shaklee still jalan juga. Sebab supplemen ni bukan sahaja bagus semasa mengandung tau, tapi juga masa berpantang dan menyusu. Tak perlu nak jamu-jamu. Ambil yang natural sahaja. (Shaklee dari bahan asli). Malah, kalau tak mengandung, berpantang dan menyusu pun, bagus ambil supplemen ni, lagi pula kehidupan kita yang semakin busy dan mengejar waktu. Tak sempat nak ambil makanan berkhasiat. Asyik beli yang segera atau makan yang dijual kat kedai yang mungkin letak banyak ajinomoto.

Untuk pembukaan ni , ada beberapa tawaran promosi dan pakej2 menarik. Jomlah visit ke

Terima kasih Kak Emma dari Deep Blue Eye yang sudi mereka logo di atas. Dan terima kasih juga kepada Imabiz yang sudi membetulkan template, letak background dan tambah function yang menarik di laman web tersebut.

 

InsyaAllah berusaha menuju ke arah menjadi business woman.   tongue

Nov 22

Berhentikan penyusuan susu ibu?

Assalamualaikum…

Sedar tak sedar dah 2 bulan rupanya saya tak menulis dalam blog ni. Sejak start business Shaklee, memang agak busy sikit. Di sana pun memang sesuai untuk ibu-ibu menyusu, berpantang, mengandung dan lain-lain produk kesihatan. Lebih kurang sama macam isi blog ni. Cuma di sini, lebih kepada cerita personal sekali-sekala.

Alhamdulillah, insyaAllah bulan January nanti akan officially launch Baby Kawaii Store pula. Kedai menjual Cloth Diapers. Harapnya sempat betul2 launch bulan January nanti.

Penat juga jadi ibu yang bekerja + part time business ni. InsyaAllah akan menuju ke arah full time business bila target tercapai. Doakan saya ye. Sedar tak sedar Muadz pun dah setahun 6 bulan dan insyaAllah menjadi anak yang bijak sangat-sangat.

Bermula beberapa minggu lepas, saya mula campurkan susu Muadz dengan susu kambing segar. Mula-mula dengan susu kotak Dutch Lady Strawberry tetapi setelah bertanya pendapat ramai, ramai yang mengatakan susu berperisa manis. Lebih baik bagi susu segar dan susu kambing lebih baik. Jadi, kami pun membuat keputusan bagi susu kambing segar. Nasib baik ada dijual di Jusco. Senang hubby nak beli sebelum balik rumah. Sebotol RM5, untuk Muadz boleh untuk 2 kali minum.

Susu kambing segar ni sama juga seperti susu ibu, tak tahan lama. Jadi, saya bekukan juga, cuma label susu kambing supaya tak tertukar. InsyaAllah dalam proses perkenalkan Muadz kepada sumber kalsium yang lain selain susu ibu. tapi jujurnya, masih memikirkan cara terbaik.

Stok susu pun dah berkurangan tapi rasa sayang pula bila memikirkan saat Muadz berhenti menyusu. Kena dapat baby lain pula la untuk sambung lagi. huhu. Sehingga hari ini, saya masih membekalkan makanan untuk Muadz ke Taska. Tapi makanannya lebih kurang sama aje lah. Bubur nasi. cuma lauknya aje lain ikan, ayam, kentang, carrot, kalau ada sayur hijau letak sket, kalau ada brocolli letak sket. Entahla, agak kurang yakin dengan makanan di taska. Dah dapat detect 2-3 kali muadz macam makan coklat.

Kami memang agak menjaga sikit pemakanan Muadz. Walau pun saya tahu, kadang2 saya tak bagi cukup khasiat mengikut piramid makanan (sebab tu ada bagi muadz supplemen juga  tongue  ). tapi insyaAllah, saya yakin dengan kebersihan dan khasiat. dan takde saya bagi makanan mengarut. untuk makanan muadz memang letak garam dan minyak sikit sangat.

Gambar latest Muadz 1 thn 6 bln. Dah pandai posing..

Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi cara weaning off anak, sila lah ya..

Jom kita share sama-sama…

Sep 21

Kebaikan Susu Ibu vs Susu Formula!!!

Assalamualaikum…

Dah lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk dengan business Shaklee sekarang ni. Alhamdulillah, business semakin berkembang. Harapnya saya dapat merealisasikan impian saya untuk buat full time business. Tengah cuba juga untuk jual cloth diapers, tetapi ada sedikit kekurangan masa di situ. huhu.

Hari ni saja nak share sebuah entry yang saya rasa agak menarik yang saya ambil dari blog shaklee saya.

Sebagai ibu bapa, kita mempunyai cara masing-masing untuk membesarkan anak, dan pilihan di tangan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Tak semestinya jika anda tidak memberikan bayi anda yang berumur 12 bulan ke bawah makan telur atau madu, contohnya, maka anda perlu memandang rendah atau mengherdik ibu bapa lain yang memberikan telur atau madu kepada bayi mereka. Begitu juga sebaliknya.

Tiada yang betul atau salah dalam membesarkan mereka. Setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

Bila bercakap tentang pembesaran anak, kita tidak lari dari topik nutrisi untuk anak-anak. Namun, perkara asas kepada nutrisi anak-anak pastinya makanan awal mereka sejak bayi iaitu SUSU. Dan, untuk susu pula, ibu bapa juga mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, mahupun susu formula.

Mari kita lihat perbandingan ringkas Kebaikan Susu Ibu berbanding Kebaikan Susu Formula.

Kebaikan Susu Ibu:

(1) Makanan awal terbaik!
(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.
(3) Bayi yang lebih cerdik!
(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.
(5) Ianya PERCUMA!
(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.
(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).
(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.
(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.
(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Kebaikan Susu Formula:

(1) Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
(2) Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?

Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.

Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Muadz yang tembam @ 6 bulan. 100% susu ibu

Jika anda tanya pada kami, sudah pasti kami 100% galakkan anda untuk menyusukan bayi anda – 6 bulan pertama dengan susu ibu sahaja, dan diteruskan penyusuan susu ibu beserta makanan pejal sehingga bayi anda berusia 2 tahun.

Boleh juga cuba:
(1) Shaklee BreastFeeding Set
(2) Shaklee Tripple M Set

dan boleh juga baca Testimonial pengguna set menyusu ni.

Apr 20

Panduan Memilih Taska

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga melancarkan ebook Panduan Memilih Taska ni setelah delay beberapa lama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ebook ini dihasilkan atas kesedaran banyaknya kemalangan yang berlaku di Taska. Lebih menyedihkan bila ada Taska yang tidak berdaftar dan seolah-olah lepas tangan apabila kejadian tidak diingini berlaku.

Jadi, sebelum kejadian tidak diingini berlaku, kita berhak memilih yang terbaik. Rasulullah s.a.w sendiri suruh kita berusaha sebelum tawakkal kan. Mahu memilikinya? Klik sini.

Oh, serentak dengan pelancaran, saya juga turut mengadakan cabaran affiliate.

Hadiah yang Ditawarkan
1. Jualan 200 ke atas – Hadiah RM1000.00 + komisen *
2. Jualan 150 – 199 – Hadiah RM750.00 + komisen *
3. Jualan 100 – 149 – Hadiah RM500.00 + komisen *
4. Jualan 50 – 99 – Hadiah RM200 + Komisen *
5. Jualan 30 – 49 – Hadiah RM100 + Komisen *
6. Jualan 20 – 29 – Hadiah RM50 + Komisen *
7. Jualan 10 – 19 – Hadiah RM30 + Komisen *

***(Hanya 10 jualan sudah melayakkan anda untuk mendapat bonus)***

**Jumlah komisen bergantung kepada jualan sebenar

HADIAH TOP AFFILIATE (Selain daripada komisen dan hadiah asas)

Top 1External Hard disk 500GB + Voucher RM30 Hanis Amin Shaklee Store* (Minimum 100 Jualan)

Top 22GB mp3 player + Voucher RM25 Hanis Amin Shaklee Store (Minimum 80 Jualan)

Top 3USB Webcam + Voucher RM20 Hanis Amin Shaklee Store (Minimum 50 Jualan)

* Voucher melayakkan anda mendapat diskaun untuk pembelian mana-mana produk dari http://shaklee.hanisamin.com

Untuk info selanjutnya, sila layari http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/39250-cabaran-44-hari-pilihtaska-com-menangi-hdd-500gb-dan-lain-lain-hadiah-menarik.html

Nak sertai? Klik sini sekarang!

Daftar aje. Bahan-bahan promosi dah pun disediakan dalam ruangan tersebut.

Tak tahu cara promosi?

Saya berikan beberapa laman web untuk panduan anda ya!

http://rezqi.com/tag/cara-promosi-produk-affiliate
http://amirulcyber.com/msia/affliate-program/promosi-produk-affiliate-melalui-blog.html
http://www.endangkusman.com/promosi-url-affiliate/

Dec 09

Sedikit terlambat

Assalamualaikum..

Hari ni terbaca entry seseorang yang dagh pun mendaftar perniagaan online dia. Terasa sangat jeles di situ. Saya baru plan nak ambil cuti dan pegi daftar perniagaan, dia dah buat dulu. Memang pun ramai je orang yang dah daftar perniagaan tapi mungkin kerana si dia ni orang terdekat yang pernah kerja sama pejabat dengan saya dan tahu dia pun part-time business macam saya.

Memang dia dah start dulu tapi tak sangka dia daftar perniagaan dulu. Uwaa.. bukan nak kata saya jeles sampai nak jatuhkan dia ye. Tak.. cuma sedikit jeles sebab saya ni lambat bertindak. Pengajaran di sini : SILA JANGAN BERTANGGUH. memang dah ada orang advise suruh daftar tapi disebabkan saya susah dapat cuti dan bila dapat cuti ada je benda lain yang perlu diuruskan dahulu, maka asyiklah bertangguh.
Continue reading

Dec 07

shaklee.hanisamin.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan Hanis Amin Shaklee Store. Disebabkan ramai yang bertanya dan ingin tahu tentang Shaklee, akhirnya terhasillah Hanis Amin Shaklee Store. InsyaAllah saya akan kongsikan ilmu tentang shaklee dan makanan tambahan.

Sabtu lepas, saya hadiri sesi program Becoming Successfull Work At Home Mother (WAHM). Seronok dapat berjumpa ramai rakan-rakan seperjuangan (breastfeeding mom). dapat juga berkongsi tentang shaklee.

InsyaAllah, cita-cita saya memang untuk menjadi business woman. Idola saya adalah Puan Suraya dari lunatots. Kagum dengan semangat beliau menguruskan perniagaan di samping mengamalkan natural parenting (susu ibu, cloth diaper, baby wearing).

Doakan saya berjaya ya!

p/s – tadi macam banyak idea nak tulis. Hilang pula idea. huhu.

Nov 30

Apa itu affiliate?

Assalamualaikum…

Ada lagi 2 minggu sebelum cabaran affiliate ebook Rahsia Tangisan Bayi ditamatkan. Ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkan bonus. Tapi ramai juga yang kurang tahu apa itu affiliate.

Secara ringkasnya, affiliate adalah sama seperti promoter di dunia nyata. Bezanya, kita cuba perlu mempromosikan sahaja, segala urusan jual beli akan dilakukan oleh pemilik produk. Malah bahan untuk promosi pun ada disediakan. Tetapi kalau nak promosi cara sendiri pun boleh juga. Setiap orang yang membeli dengan link kita, kita pun dapat komisen. Nampak mudah kan?
Continue reading