Jun 27

Pengalaman bersalin anak ke-4 di Hospital Shah Alam

Entry ni saya copy dari blog saya yang satu lagi…

Dah hari ke 15 berpantang, baru nak share pengalaman bersalin kali ni. Alhamdulillah, dah selamat melahirkan seorang bayi comel seberat 2.59kg pada 11/06/2018 pada pukul 5.03 petang. 4 hari sebelum raya bersalin, baby tak nak tunggu raya juga. Ingatkan sempat la nak beraya sehari dua dulu sebelum baby keluar. Baby keluar masa 38 minggu + 5 hari. Yang lain semua tak jauh dari due date, yang ni je awal sket.

8/06/2018

Check-up dengan di Hospital Shah Alam. Semasa mengandung anak ke-4 ni, start minggu ke 28 kena follow-up di hospital shah alam dengan pakar sebab baby agak kecik. Perut ummi pun agak kecik. Jadi doktor risau jika ada masalah apa-apa. Jadi kena la pergi check-up di Klinik Kesihatan dan juga hospital. Alhamdulillah sepanjang check-up baby ok. Baby agak kecil tapi still growing. Masa tarikh ni mmg ada check-up dengan pakar. Doktor check laluan sebab katanya baby dah enganged. Doktor kata baru 2 cm dan masih tebal. Kata doktor biasa bila anak dah ke-2 dan seterusnya mmg pintu rahim tu tak tutup habis. 2cm tu kira normal la. Doktor kata lagi, normal kalau ada keluar darah dan lendir sikit sebab dia baru check laluan. Cakap kat doktor kalau boleh nak beraya dulu. Doktor kata kalau saya better baby lahir cepat, membesar di luar, senang nak monitor.

9/06/2018

Sepatutnya nak balik ke rumah mertua di Ulu Yam. Weekend terakhir nak berbuka puasa sebab raya nanti di sebelah keluarga saya dan mungkin akan terus berpantang di rumah mak. Tapi pagi tu macam agak kuat sikit contraction tapi macam tak konsisten. Darah dan lendir mmg ada keluar. Ada tanya juga suami, kalau di ulu yam nanti hospital mana yang terdekat. Dengar saya tanya macam tu, terus husband decide tak jadi balik ulu yam, terus balik ke shah alam untuk standby. Tapi bila dah petang macam dah hilang pula rasa sakit.

10/06/2018

Saya cuba untuk puasa. Rasa contraction macam makin kuat sampai ke petang. Biasa petang dah hilang. Macam risau juga sebab puasa ke sebab baby nak keluar. Tapi berjaya juga puasa sampai ke berbuka.

11/06/2018

Masih terfikir-fikir isnin nanti nak pergi kerja ke tak. Suami mmg ambil cuti. Muadz sekolah lagi. Saya pun request work from home dari boss. Sayang nak guna cuti. Suami kata tak payah puasa, pergi makan. Jadi, saya pun makan la mengharapkan contraction slow down tapi macam tak slow down. Lepas lunch terus bagitau suami nak pergi Hospital Shah Alam untuk check. Bila sampai hospital terus ke PAC(bahagian emergency utk ibu bersalin) macam hilang plak contraction. Rasa macam nak balik la pula sebab malas nak duduk hospital lama-lama. Cakap dengan nurse, boleh tak tak jadi nak check.

Nurse: Ada tanda tak?
Saya: Dari sabtu mmg ada keluar darah dan lendir tapi sebab jumaat tu doktor check jalan jadi takde la nak check. Contraction ada tapi macam tak kuat. Pagi tadi macam kuat sket pastu ni dah hilang plak.
Nurse: hmm…kita check je la dulu dah alang2 datang.

Sempat lagi saya nak nego mengharapkan sempat beraya. hahaha.

Bila baring dan pasang mesin CTG, rasa contraction datang balik. rasa contraction kali ni sangat sakit dan mencucuk-cucuk. Cuba untuk bernafas dan ingat semula breathing technique tapi kali ni macam tak berapa menjadi. Sblm ni bila contraction sambil bernafas sambil gerakkan pinggul dan pinggang sket, kali ni tak boleh nak bergerak, terbaring je. Agaknya sebab tu kot rasa lagi sakit?? Lebih kurang lepas 15 min kot dia datang check. Katanya, ada ni contraction. Saya pun jawab, haah ada 2 kali. Lepas beberapa ketika dia kata, hmm…masa contraction kuat jantung baby drop ni. Kita naik jumpa doktor la.

Jadi, kami pun naik ke tingkat atas di bahagian labor room. Ingatkan kena tunggu lama. Terus dia suruh baring di katil dan pakai mesin CTG tu. Mungkin sebab risau baby bahaya, jadi agak cepat dipanggil. Selain dipasangkan mesin CTG, saya dimasukkan air juga. Agaknya kering sket kot sebab kurang makan dan minum. Sehari sebelum tu puasa pula.

Sepanjang baring tu, beberapa orang doktor datang check graf kat mesin tu. Sorang doktor lelaki, 2 doktor perempuan. Tanya history anak2 sebelum ni macam mana etc. Dalam hati, dah risau juga. Asyik berdoa semoga baby ni selamat. Tak lama lepas tu doktor perempuan datang, katanya nak check jalan. Sambil tu dia bagi arahan pada nurse minta satu alat. Tak lama lepas tu rasa air keluar, terus doktor cakap dengan nurse, tak payah la ketuban dah pecah. Alhamdulillah clear. Agaknya risau baby dah berak kot.

Doktor: 3 cm ya
Saya: baru 3 cm?
Doktor: kenapa? Frust ke? (tanya sambil senyum)
Saya: Ingat kalau baru buka sikit nak balik dulu.
Doktor: Kalau dah contraction macam ni kita mmg tak bagi balik dah.

Ada hati lagi tu nak nego dengan doktor. Hahaha. Doktor terus bgtau nurse, lagi 5 min masuk labor room. Lepas dah pecah ketuban sakit terasa makin kuat. Terus tengok jam, pukul 3 lebih sket. Agak-agak pukul berapa baby nak keluar. Masa ditolak masuk labor room, nampak orang yang duduk kat kerusi rasa kesian plak. Saya datang lambat terus masuk labor room, kesian diorg tunggu lama. Sempat lagi fikir macam-macam.

Dah masuk labor room, nurse suruh tukar baju dan suruh bgtau suami untuk daftar di green zone dan naik atas. Saya pun terus msg suami. Katanya tgh daftar, on the way naik. Rupanya dah ada yang inform kot. Nurse suruh suami bukakan rantai dan tunggu di tempat menunggu.

Bila dah pecah ketuban ni, mmg rasa sakit makin kuat. Rasa macam dah tak tahan sangat. Sambil berdoa, cepatla bukaan buka, cepat la baby keluar. Sempat lagi tanya nurse biasa berapa lama lagi ye nak tunggu full dilation? Nurse kata ikut orang, kadang cepat, kadang lambat. Takpela, meh saya check lagi. Dia check baru 6 cm. Adoi…bila nak full dilation ni. Terasa lambat sangat masa berlalu dengan sakit yang macam mencucuk-cucuk. Tak lama lepas tu rasa macam resah sangat, tak boleh tahan nak push. Nurse tanya nak push dah ke? Terus angguk, xlarat nak jawab dah. Nurse terus check, eh dah full, panggil suami dia.

Rasa sakitnya memang macam nak menangis, nak menjerit semua ada. semua benda hilang dah. Tak ingat apa-apa. Encik suami datang je nurse pun ready terus rasa sakit dan nak push tu hilang. Hahaha. Nurse kata eh tak jadi ke? Tak lama lepas tu rasa sakit datang lagi, cuba nak push tapi macam tak tau macam mana nak push. Pregnant kali ni mmg tak sempat sangat revise balik pasal natural birth, breathing technique semua tu. Ke laut semuanya. Banyak kali kena tegur jangan angkat punggung. Punggung kat mana pun dah hilang ingatan masa tu. rasa nak cepat je baby keluar tapi kenapa la tak keluar-keluar. Rasa macam sakit sangat tapi tak tau nak push macam mana. Tiba-tiba nurse kata kepala dah keluar, terus tersandar. Nurse kata xpe rehat dulu, nanti bila ada rasa push lagi sekali. Alhamdulillah, akhirnya keluar la baby comel. Nurse lap-lap baby dan letak atas dada.

Encik suami dah tersengih-sengih kat sebelah. Tapi masa tu rasa macam sakit tu tak hilang. Dan rasa penat sangat. Nak cakap pun tak larat. Nak senyum pun tak larat. Nurse keluarkan uri dan cakap, baby kecik, urinya pun kecik je. Agaknya sebab tu la kot perut tak berapa besar. Tak lama lepas tu nurse bersihkan baby, encik suami pula minta diri untuk solat asar dulu. Nurse sempat pesan untuk belikan makan malam utk isteri sebab makan malam tak disediakan. Bila masuk wad baru makanan disediakan.

Saya plak rasa sangat tak larat, berbeza sangat masa bersalinkan Zubair dulu. Kali ni terus rasa, okla, last dah la kot ni. hahaha. Tak lama lepas tu encik suami masuk, nurse pun bagi baby untuk diiqamatkan dan tahnik baby. Saya pun terus susukan baby. Tapi baby macam agak sukar nak latch-on macam masa Muadz dulu. Tak tau sebab dia kecik ke, jadi dia susah nak masukkan aerola ke mulut. Saya check juga lidah baby, kot2 ada toungue-tie macam Zubair, alhamdulillah ok.

Dalam pukul 6 lebih, nurse suruh suami tolak masuk ke wad. Suami tak sempat nak lama di wad, terus mak guard datang cakap masa melawat nak habis. Sila keluar. Cakap kat suami, takpe la, dia pun nak pergi buka puasa. Sepanjang kat hospital still rasa sakit mencucuk lagi, macam masa awal-awal datang hospital. Sakit sangat sampai rasa macam malas nak layan baby. Alhamdulillah, baby behave, gerak-gerak sikit untuk menyusu dan tidur.

Esoknya pagi-pagi masa sarapan dah dengar doktor pakar cakap, kita perlukan 10 katil. Kat bawah dah macam disaster. Tengok doktor pakar pergi kat semua katil kecuali katil saya, risau juga kot tak boleh balik lagi, tanya kat sorg nurse. Nurse tu kata awak takde apa masalah, insyaAllah boleh keluar dah ni. Rupanya yang lain semua ada issue. ingatkan macam biasa lepas lunch baru siap semua dokumen dan boleh keluar, tapi diorang nak suruh cepat keluar sebelum lunch. Jadi sementara tunggu laporan dari doktor baby, suami dah uruskan hal keluar hospital untuk ibu.

Begitulah kisah pengalaman bersalin anak ke-4 ni. Alhamdulillah, semuanya ok.

Zubair dan adiknya

Feb 08

Dah habis pantang…

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 45. Biasa orang pantang 44 hari kan. Kiranya dah habis pantang la ni. Tapi kalau boleh kali ni dah pantang berlebih sikit. Masih pakai stokin kat rumah. Masa Muadz dulu dekat nak 3 bulan juga saya pakai bengkung. Tapi pakai bengkung moden yang zap tu masa pergi kerja.

Insya Allah Sabtu ni akan urut penutup pantang dan petangnya balik ke rumah sendiri. Nanti bila balik rumah baru cari bengkung zap tu. Hari tu dah basuh dah sebelum bersalin.

Untuk makan pula, walaupun dah habis pantang janganlah terus hentam semua benda. Terkejut perut nanti. Cuba sesuatu sedikit demi sedikit. Saya dah ada makan ayam goreng. Semalam makan rendang daging yang pedas sikit. Agaknya dah lama tak makan pedas, petangnya sakit perut sikit. Alhamdulillah baby tak apa-apa.

Balik rumah nanti bermulalah saya sebagai WAHM(work at home mom) bersama 2 orang anak. Sekarang ni kalau tengok pagi2 baby banyak tido sampai tengah hari. Petang pula abangnya akan tidur. Jadi, pagi layan abang, petang layan baby. Kena curi-curi masa nak buat business juga. huhuhu.

Kalau masak atau jemur kain, Muadz dah boleh bantu sikit2. Takde la bantu sangat pun tapi buat sama2 sikit2. Jadi oklah dia tak boring. Tapi kalau ummi duduk depan PC je, mula la dia pun panggil, muadz nak ni.. muadz nak tu.. Ummi..jom main. huhuhu.

Tapi yang bestnya WAHM ni anak sentiasa dengan kita. Dan boleh tengok perkembangan dia secara direct.

Tengah terfikir, balik nanti banyaknya benda nak kena buat sebab dah tinggal rumah dekat nak 2 bulan dari masa standby nak bersalin. Sure banyak nak kena kemas. Dan nak kena pegi shopping baranng2 makanan sebab dah dikosongkan sebelum keluar hari tu.

Oklah..dah balik rumah nanti tak pasti sempat atau tak nak update blog ni. huhuhu..

Jan 17

Berpantang tradisional, berpantang moden

Assalamualaikum..

Tengah berpantang ni mood asyik cerita tentang berpantang je. Ada yang berpantang secara moden dan ada juga yang berpantang secara tradisional. Bagi saya, kedua-duanya ada kebaikannya yang penting kita tahu untuk apa tujuan sesuatu itu dilakukan. Cara saya berpantang ada gabungan moden dan juga tradisional. oh, ada juga yang tak percaya dan tak berpantang langsung.

Ini cara saya, mungkin lain orang, lain caranya.

1. Berurut

Bagi saya berurut lepas bersalin ni penting. Yelah, masa pregnant badan kita semua mengembang dan longgar-longgar untuk bagi laluan pada baby. Dan semasa proses kelahiran pula, kita guna tenaga yang banyak untuk push baby keluar. Yang bersalin czer pun sebenarnya menggunakan tenaga dalaman mereka tapi mungkin tak terasa sebab kena bius. Jadi, saya rasa sangat penting untuk berurut dan membetulkan kembali urat2 saraf.

Untuk ibu yang baru pertama kali bersalin, mungkin ada yang tak berapa keluar susu kerana urat tak lancar dan lubang tak terbuka. Ada bidan yang pandai urutkan. Bukan orang lepas bersalin je, kalau ada sakit-sakit badan nak pergi berurut pun boleh. Tapi penting untuk jadi orang yang betul-betul pandai urut. Bukan sekadar sapu-sapu aje. Dan juga tidak disertai dengan bacaan-bacaan dan amalan-amalan yang pelik dan bercanggah dengan Islam.

2. Bertungku & bertuam

Saya baru tahu bertungku & bertuam tu adalah 2 benda berbeza. Ingatkan sama je. bertungku ni memang best. Lebih-lebih lagi bila orang buatkan. Rasa nak tertidur je. Bertungku memastikan urat2 darah kita kembang dan dapat mengalirkan darah dengan baik. Sebab tu digalakkan juga madi air suam panas, minum & makan panas-panas. Bila salur darah kecil dan sempit, macam-macam penyakit boleh jadi tau.

 

3. Pakai bengkung

 

Ini untuk memastikan badan kita shape up degan cepat. Yelah, masa mengandung dah mengembang sekembangnya, kena la kucupkan kembali bahagian2 yang kembang. Kalau biasa-biasa, sure rasa malas je nak berbengkung atau berkorset. Masa ni je la nak buat secara intensif. Biasa saya akan pakai bengkung sampai 3 bulan. Dulu masa dah start kerja pakai bengkung moden jenis zap tu.

 

 

4. Makanan Tambahan

Masa Muadz ambil sejenis herba dalam set bersalin. Tapi tak boleh tolerate. Perut asyik memulas-mulas nak ke tandas. Baby pun cirit-birit dan start ada kuning sikit. Terus stop da breastfeed baby banyak-banyak. Alhamdulillah, baby ok. Kali ni berpantang dengan supplemen Shaklee. Saya ambil vita lea, b compleks, vitamin C, Zinc complex dan ostematrix. Lepas 2 minggu baru cuba ambil ESP. Alhamdulillah, walaupun makan sikit2 je time pantang ni tapi rasa bertenaga. :)


Jamu a big NO NO for me. Jamu ni bersifat panas. Dan kebanyakan jamu ni untuk kebaikan ibu tapi bagi effect kurang baik pada bayi. Mungkin orang zaman dulu masa tu fikir nak cantikkan balik ibu je tapi terlupa pasal bayi. Dan mungkin masa tu sedang sibuk semua orag promosi susu formula. Wallahualam. Tapi insyaAllah saya cuba untuk tak ambil jamu.

5. Minuman harian

Saya ada ambil teh herba akar kayu untuk hilangkan haus dan beri kesihatan masa pantang. Air sentiasa ambil panas-panas, hirup guna sudu. Minum air masak pun saya minum panas-panas. Kenapa orang tua-tua tak bagi minum air banyak-banyak? Lepas bersalin kan ada kena jahit kat bawah tu. Jadi, kalau banyak minum air, maka keraplah kita nak ke tandas. Jadi, lambatlah baik luka tu. Ada juga yang kata nanti badan kembang air.

Jadi, bila kita minum secara perlahan-lahan, badan lebih mudah menyerap air untuk kegunaan badan sendiri. Dan lambat la sikit nak proses untuk sampai ke buah pinggang seterusnya untuk dibuang. Tapi jangan minum air sikit sangat ya. Nanti badan sendiri yang letih dan sukar nak susukan bayi pula.

Amalan saya :
breakfast : segelas air masak panas bersama vita lea & vitamin C.
Jam 10 pagi : Segelas teh herbanika panas
Lunch : Segelas air masak panas bersama b complex & zinc
5 petang : Segelas Teh herbanika panas
Dinner : Segelas air masak panas bersama 2 biji ostematrix
Sebelum tidur : Segelas air masak suam bersama 2 biji ostematrix

Kalau in between tu terasa haus, saya akan minum 1/2 gelas air masak suam/panas. Kadang-kadang ada juga buat air oren sunquick panas. Dan sekarang ada tambahan ESP pula. Jadi, at least 6-10 gelas air juga sehari kan.

6. Makanan harian

2 minggu pertama, mak kata makan benda kering-kering dulu. Nasi dengan ikan/ayam/daging bakar. Sebab yang sama seperti di atas. Lepas tu baru ada masak sup sayur ke masak singgang atau rebus dan lain-lain. Bab makan ni jaga juga supaya tak makan ikan-ikan yang gatal. Telur dan seafood a big NO NO. Banyakkan makan halia dan lada hitam untuk panaskan badan. Tapi jangan terlebih panas pula, takut kesian bayi pula nanti.

Lepas habis pantang pun kena jaga juga makan sebab menyusukan anak. Bila nak cuba sesuatu, try sikit dan tengok ada kesan negatif tak pada bayi. Ini yang mak saya ajar. Ada orang yang lepas pantang terus hentam semua. Last2 badan pun terkejut dan tak boleh tolerate. Jadilah demam dan sakit sana-sini. Jadi buat apa pun biar berpada-pada ya.

Ops terlupa, sentiasa berstokin supaya kaki panas dan badan tak masuk angin serta kena sejuk lantai. Inilah amalan berpantang saya. Anda macam mana?

Apa pun yang kita buat biarlah kita tak sekadar ikut-ikut tapi kita tambahkan ilmu di dada untuk tahu kebaikan dan manfaat sesuatu. Zaman sekarang ni informasi di hujung jari. Tapi saya ni memang suka bertanya dari kecil. Masa mak suruh pakai tudung saya tanya kenapa kena pakai tudung. Kakak-kakak saya ikut je tak berani tanya apa-apa pun. hehe

Jom berpantang…  big grin

Jan 16

Nak banyakkan susu masa dalam pantang…

Assalamualaikum…

Dah lama tak update tentang penyusuan di sini..

Semenjak saya berniaga Shaklee, banyak ragam ibu-ibu yang saya jumpa. Alhamdulillah, ia mengajar saya supaya lebih banyak menambah pengetahuan supaya dapat consult ibu-ibu dengan baik. Malah ia juga banyak mengajar saya untuk bersabar dan banyak mendidik nilai-nilai dalam diri.

Mungkin kerana itulah Rasulullah mengatakan 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Malah mengajar saya supaya lebih dekat dengan Allah, dan yakin bahawa rezeki itu sepenuhnya milik Allah. Rezeki tu bukan sahaja wang, tapi juga kesihatan, makanan dan apa sahaja yang kita dapat manfaat darinya.

Ramai ibu-ibu yang menghubungi saya untuk banyakkan susu masa dalam pantang, atau lepas bersalin terus nak banyak susu. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah konsep asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply, semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil. Bukan bila makan shaklee, lepas bersalin terus susu turun mencurah-curah ya.

Penghasilan susu juga bergantung pada hormon, jadi selepas melahirkan badan akan develop keupayaan untuk menghasilkan susu. oh ya, tak lupa juga perut bayi baru lahir sangat kecil, cuma sebesar 1 biji kacang pea. Jadi kalau susu turun mencurah2 tercekik la dia. Hebatnya kuasa Allah, susu akan terhasil mengikut keperluan bayi. Semakin besar perut bayi, dia akan minum lebih banyak lagi, maka susu pun akan terhasil dengan lebih lagi.

Bila payudara kerap dikosongkan ia akan menghantar signal kepada otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan kerana sentiasa ada demand. Sebab tu kalau perasan bila kita kerap miss masa pam, atau pam lambat dari biasa, maka penghasilan akan berkurangan sedikit demi sedikit. Ambillah sebanyak mana milk booster pun, sekiranya konsep asas ini tidak difahami, ia tidak akan dapat membantu anda untuk jangkamasa panjang.

Supplemen Shaklee membantu ibu kekal sihat dan segar kerana memenuhi semua nutrient yang diperlukan. Apatah lagi masa berpantang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Jadi, bagaimana nak dapat khasiat? Maka, bila ibu sihat dan segar, ibu pun akan lebih gembira dan positif dan susu pun akan lebih mudah terhasil.

Sebab tu banyak feedback yang kami terima bahawa dengan pengambilan Shaklee, susu bertambah banyak. Sebenarnya ia bertindak tidak secara direct. Anda akan dapati banyak lagi kesan-kesan positif yang lain.

 

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, fahami dulu asas penyusuan ya..

 

Selamat berjaya!!

Oct 25

Anak lapar, susu tak cukup

Assalamualaikum…

Ramai sangat yang cakap rasa susu tak cukup dan anak sering lapar terutama sekali semasa dalam pantang. Tapi tahukah, bila kita setkan mind kita bahawa susu mungkin tak cukup maka itulah yang kita rasakan. Tapi sebenarnya perut baby sangat kecil. baby yang baru lahir, perutnya hanyalah sebesar buah cherry. sanggup ke kita sumbat susu banyak-banyak kat dia? dan disebabkan perut baby yang kecil ni maka dia cepat kenyang dan cepat lapar kembali. sebab tu kena susukan dia sekerap yang mungkin.
Continue reading

Apr 22

Pemakanan dalam pantang

Assalamualaikum…

Akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Tips pemakanan dan resipi dalam pantang seperti yang dijanjikan. Lama betul berjanji, akhirnya baru nak siap. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sendiri nak print untuk kegunaan saya semasa dalam pantang nanti. laughing Saya dah pun selamat print dan letak bersama-sama beg buku bayi yang saya akan bawa ke rumah mak nanti.

Saya letakkan semua maklumat yang saya dapat untuk penjagaan bayi dan ibu semasa dalam pantang dalam satu beg untuk memudahkan. Buku tu hanyalah hasil pencarian saya, bukan pendapat peribadi. Tetapi saya ada membuang dan menambah maklumat yang saya rasakan perlu dan sesuai dengan saya. Jadi, untuk orang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Continue reading

Apr 02

Set Bersalin NR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun Set bersalin NR yang diorder dari MamaDamia. Memang sangat efficient. Saya buat order melalui web, esoknya terus barang dah sampai. Saya ingatkan akan dihubungi melalui email. Alhamdulillah, dapat barangan seperti yang ditempah.

Boleh je nak beli kat kedai tapi saya memang dah lama simpan nak beli kat sini. Sebabnya? boleh dapat bengkung sekali dan juga ‘Cara rawatan semasa berpantang bersalin’ dan ‘Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin’. Rupanya buku yang memuatkan dua tajuk di atas tu buku nipis sahaja. Resipinya pun taklah banyak sangat tapi boleh la dijadikan panduan. Sebelum ni ada dapat barut baby percuma tapi mungkin tawaran dah berakhir.
Continue reading

Mar 03

Berpantang

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Kebelakangan ni baby bergerak aktif. Dulu macam dah slow sikit. Risau juga. Ingat bulan ni nak buat check-up awal sikit sebab risau tapi lepas je dukung anak kakak ipar yang baru lahir tu terus aktif dia membuat somersault dalam perut. Kadang-kadang sampai perut berubah bentuk jadinya. Agaknya baby jeles kot ummi dukung baby lain. hee hee

Minggu lepas tengok kakak ipar yang masih dalam pantang di rumah mertua. Nak tengok juga cara berpantang. Mak mertua saya jenis tak kisah, ikut anak nak macam mana. Tapi yang saya nampak yang jaga betul adalah pemakanan. Hari-hari makan ikan haruan sahaja. Urut tu dah tentulah wajib dan memang dia ada sediakan air panas untuk mandian. Tapi mungkin juga sebab kakak ipar bersalin secara c-zer, jadi cara penjagaan agak berbeza.

Mak mertua saya memang jenis tak memaksa, dia cuma beri pendapat. Nak ikut atau tidak, terpulanglah. Dalam hal lain-lain pun macam tu. Mungkin agaknya cara begitu yang menyebabkan anak-anaknya berdikari dan sangat bertanggungjawab including my hubby. love struck (siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri kan.)

Tapi saya pula sangatla tak boleh makan benda yang sama lebih dari 2 kali. Terus dah tak lalu makan dan makin lama makan pun makin sikit. Macam sekarang dekat office ni, bila waktu rehat je mesti pening fikir nak makan apa. Walaupun memang banyak lauk tapi rasa macam dah try yang menarik semua, lama-lama mengadap lauk yang lebih kurang sama jadi tak bersemangat nak makan dah. Tapi kalau tak makan lapar pula. Jadi, makan aje la.

Mak saya pula memang tak mengamalkan pantang jadi dia pun tak tau macam mana cara berpantang. Cuma sikit-sikit mungkin. Masa kak long dulu dia ada juga tolong carikan tukang urut, yang lain kak long beli sendiri rasanya. Tapi mak sangat pentingkan penjagaan baby. Baby kena sapu minyak, bedung dan bengkung. Cara tidur baby kena betul.

Bagi saya pula, pantang tu sangat penting. Yelah, badan ni bukan nak pakai sekejap. Mak sendiri pun ada kata kalau tak pantang betul, dah tua sikit nanti macam-macam sakit. Jadi, saya memang cari sendiri cara berpantang. Cuma takkan saya nak masak, tunku sendiri. Terpaksa la hubby tersayang buatkan. hee hee Saya ada cari dan compilekan tips pemakanan dan resipi dalam pantang. InsyaAllah, nanti saya cuba share di sini untuk memudahkan orang lain tengok juga. Saya ingat nak print dan beri pada mak nanti. tongue Supaya taklah makan benda yang sama sahaja. Dulu, opah buatkan lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak, makan dengan nasi. Tapi takkan hari-hari nak makan tu je? sad (Asyik ingat makan aje. tongue )

Saya juga dah plan nak beli set bersalin dan cari cara-cara berpantang yang lain. Ingat nak beli bulan ni tapi hubby kata beli bulan depan la. Macam awal lagi. Ada call beberapa tukang urut tapi belum buat desicion nak ambil yang mana. Saya memang jenis suka merancang. Masa kawen dulu pun mostly plan saya tapi of course la bincang dengan parents juga. Keperluan semua banyak cari sendiri macam baju, kek, hantaran, jurugambar. Agaknya sebab dah biasa buat semua benda sendiri masa di luar negara dulu.

Oh, saya ada jumpa cara berpantang untuk mereka yang bersalin c-zer. Harapnya saya bersalin normal. Boleh klik banner di bawah ni. Ada Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN. Selain tu, boleh juga dapatkan tips-tips di bawah secara percuma.

  • Tips dan panduan menjaga luka pembedahan/cesarean. Dapatkan tips bagaimana menjaga luka pembedahan agar tidak terkena jangkitan dan bernanah!
  • Tips Menghilangkan Stretchmark / Kesan Regangan Kulit. Tips ini turut membantu dan menunjukkan kepada anda cara pencegahan yang berkesan!
  • Tips menghilangkan selulit. Selulit sebenarnya boleh menyerang sesiapa saja tidak kira sama ada anda seorang yang berbadan kurus atau gemuk. Tips ini pasti dapat membantu mengatasi masalah selulit yang anda hadapi!