Sedikit terlambat

Assalamualaikum..

Hari ni terbaca entry seseorang yang dagh pun mendaftar perniagaan online dia. Terasa sangat jeles di situ. Saya baru plan nak ambil cuti dan pegi daftar perniagaan, dia dah buat dulu. Memang pun ramai je orang yang dah daftar perniagaan tapi mungkin kerana si dia ni orang terdekat yang pernah kerja sama pejabat dengan saya dan tahu dia pun part-time business macam saya.

Memang dia dah start dulu tapi tak sangka dia daftar perniagaan dulu. Uwaa.. bukan nak kata saya jeles sampai nak jatuhkan dia ye. Tak.. cuma sedikit jeles sebab saya ni lambat bertindak. Pengajaran di sini : SILA JANGAN BERTANGGUH. memang dah ada orang advise suruh daftar tapi disebabkan saya susah dapat cuti dan bila dapat cuti ada je benda lain yang perlu diuruskan dahulu, maka asyiklah bertangguh.

Apa pun, tahniah saya ucapkan pada dia. Semoga beliau lebih sukses lagi. Saya sedang membaca buku “Rahsia Ajaib untuk Berjaya” karangan Razzi Armansur yang diterbitkan oleh PTS. Dalam tu memang banyak sangat dalam ilmu yang terkena juga dengan diri sendiri.

Antaranya, kita kena FOKUS. Fokus dalam membuat sesuatu. Jangan sampai nak kejar semua, last-last semua pun tak menjadi. InsyaAllah, antara azam tahun baru saya untuk fokus dalam apa sahaja yang saya lakukan. Saya tahu saya dah pun terjebak membuat 2-3 benda serentak tapi saya cuba untuk fokus pada satu-satu benda dalam satu-satu masa. Mungkin lambat sedikitlah untuk berjaya ye. InsyaAllah, KEAZAMAN MESTI KUAT.

Kita juga kena bertindak. Tahu tak, saya mengambil masa lebih setahun untuk mula merealisasikan ebook Rahsia Tangisan Bayi. Sebelum ni saya hanya baca pelbagai ilmu tentang perniagaan internet tapi tidak memulakan apa-apa langkah. ILMU TIDAK BERGUNA TANPA AMAL. Bila dapat ilmu, jangan hanya simpan tetapi bertindak. Dalam Islam sendiri, Allah memerintahkan kita untuk beramal. Tak cukup sekadar mengaku beriman tetapi tak nak solat, puasa dan lain-lain. Iman itu perlu dizahirkan dengan amal perbuatan. Jadi, untuk berjaya, kita perlu BERTINDAK!

Azam tahun baru hijrah saya untuk lebih fokus dan betul-betul berusaha keras dalam apa yang saya lakukan. Saya coretkan di sini supaya saya sentiasa beringat.

Salam Maal Hijrah semua. Semoga apa yang diazamkan tidak hanya menjadi keazaman dalam hati dan akhirnya terkubur layu. Keazaman perlu dibaja, disiram dan dijaga dengan baik. Sekiranya ada unsur-unsur tidak baik, buang dengan baik. Jangan sampai keazaman hancur lebur kerana nak memusnahkan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *