Apa itu affiliate?

Assalamualaikum…

Ada lagi 2 minggu sebelum cabaran affiliate ebook Rahsia Tangisan Bayi ditamatkan. Ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkan bonus. Tapi ramai juga yang kurang tahu apa itu affiliate.

Secara ringkasnya, affiliate adalah sama seperti promoter di dunia nyata. Bezanya, kita cuba perlu mempromosikan sahaja, segala urusan jual beli akan dilakukan oleh pemilik produk. Malah bahan untuk promosi pun ada disediakan. Tetapi kalau nak promosi cara sendiri pun boleh juga. Setiap orang yang membeli dengan link kita, kita pun dapat komisen. Nampak mudah kan?

Macam mana nak promosi?

Mula-mula kena daftar sebagai affiliate dulu. Untuk Rahsia Tangisan Bayi, boleh daftar di http://rahsiatangisanbayi.com/member. Oh ye, username tak boleh ada space ye. kalau letak juga space, anda masih boleh mendaftar tapi selepas itu tak boleh login dan link affiliate anda juga tak boleh digunakan. Jadi, gunakan satu perkataan(tanpa space) ye.

Lepas daftar dan login, boleh check di bahagian banners atau bahan promosi. kat situ ada bahan-bahan disediakan. banners tu boleh letak di blog atau web sendiri, jika ada. kalau tak ada, nak tumpang blog orang lain pun boleh (tapi tanya tuannya dulu ye). Ada setengah blog atau laman web yang menyediakan perkhidmatan sewa iklan yang boleh letakkan banner. (macam yang ada kat bahagian atas blog ni)

Option lain, boleh guna artikel dalam bahan promosi untuk dikongsi bersama kawan-kawan sama ada melalui blog, facebook, email atau lain-lain. Jangan lupa letak link affiliate anda di artikel berkenaan ye. Oh, jangan Spam email orang ye. Gunakan email address yang sah.

Sesiapa yang klik banner atau link affiliate anda dan membuat belian, anda akan dapat komisennya. Lagi banyak anda promosi, berkemungkinan makin ramai orang yang akan beli.

Macam mana nak tahu ada orang beli?

Mudah sahaja. Login ke ruangan affiliate anda. di situ ada tertera jumlah jualan yang anda dapat.

Nak tahu lebih lanjut?

Nak berkecimpung dalam dunia affiliate dengan lebih mendalam? klik SINI

Selamat mencuba

p/s – terkini tentang cabaran Affiliate Rahsia Tangisan Bayi ada di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *