Dah dapat Pump

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, Jumaat lepas dah dapat pun Medela Freestyle Breastpump yang dibeli. Tapi tak habis bayar lagi, ada 2 bulan lagi. Excited sangat jumaat lepas sampai tak sabar-sabar nak balik dan tengok.

Sampai je kat rumah, kami suami isteri berebut nak buka, macam dapat hadiah pula. laughing

Medela Freestyle Breastpump

Tangan yang sentiasa memberi sokongan

Medela FS Breastpump

Inilah set yang saya dapat kecuali botol MLO tu

Dengan excitednya ada la try pasang dan pakai tapi takut nak pakai lama-lama. Tak terasa sampai dia mengepam pun sebab takut. heheh. Nanti lepas bersalin baru trylah. Saya baru nak baca manual, hubby dah pasang pump tu semua dan suruh try. (Siapa yang lebih excited ni sebenarnya? tongue )

Medela FS Breastpump

Boleh juga guna dengan botol MLO

Botol MLO tu nak guna untuk buat stok insyaAllah. 2oz je setiap satu tu. Yang lain-lain maybe akan guna bekas dadih kecil. Dah beli dalam 20 bekas. Cukup dulu la kot sementara pantang kat rumah mak. kalau perlukan lagi, nanti minta je hubby belikan lagi.

Alhamdulillah, barang-barang keperluan semua insyaAllah dah ready. Barang emergency pun dah siap, tapi tak masuk kereta lagi. Oh ye, semalam saya join gathering Support Group Meeting susuibu.com. Entrynya ada di sini. First time pegi ala-ala gathering dengan orang-orang yang tak kenal macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *