Breastpump rosak?

Assalamualaikum..

Terkejut tengok tajuk? Baru 3 bulan guna takkan dah rosak kot. sebenarnya semalam tengok hasil sangat kurang. Dapat simpan stok 5oz. Biasa dapat simpan 10oz. Tapi sahur semalam memang tak berapa lalu makan. malam tu pula kurang minum air. so memang expected juga la. selsema dan sakit kepala tak baik lagi, so lagi malas nak fikir. maybe sebab malas makan ubat dan kurang minum air kot, tu yang makin lambat baik. huhuhu. tapi malam tadi dah telan ubat selsema dan panadol. pagi tadi pun amik juga ubat selsema. hari ni macam ok sket je.

ops…terkeluar topik. sebelum ni pam guna L4 je tapi dah beberapa hari naikkan ke L5 sebab macam tak menyedut sangat. pagi tadi pam dalam kereta, L5 pun rasa macam tak menyedut so naikkan ke L6 pula. hasilnya sikit pula tu. pagi tu muadz tak minum pun on the way ke taska. so biasanya hasil akan lebih sikit. sebelum ni memang pernah dengar bunyi dia macam pelik sikit tapi buat tak tau je sebab still boleh pam.

So saya pun tanya la Puan Aisyah tempat saya beli breastpump. dia kata mungkin parts yang dah kembang. dia tanya cara saya cuci. Masa di office saya letakkan dalam bekas dan masuk peti, balik rumah, saya cuci dengan air suam+pencuci botol kemudian bilas dengan air paip biasa. seminggu sekali saya masak air hingga mendidih, tutup api dan rendam botol dan parts tu kecuali getah yang warna kuning tu. yang tu saya celup-celup sahaja.

cara ni saya dapat masa survey susuibu.com. salah ke cara saya ye? siapa yang ada cara yang lebih baik sila lah beritahu ye. menurut puan aisyah “barang2 yg BPA free tak boleh di rendam dlm air panas boiling. apa jua plastik pun kalau u rendam lama2 kembang”. kalau guna elektrik sterilizer ok ke ye? rasa macam maybe kembang juga je. macam mana cara terbaik ye.

tadi pam di office cuba try L5 alhamdulillah ok. hasil seperti sebelumnya. so guna dulu la selagi boleh. parts tak termasuk dalam warranty. motor sahaja. harap-harap la boleh bertahan lama. saya ni ganas sangat kot. tongue

pagi tadi ada bincang dengan hubby, kalau kena servis macam mana. nak pam pakai apa. kalau pakai tangan lama la kena ambil masa. hubby kata nanti cari la pam yang boleh pakai bateri dan manual. ada ke? saya macam kurang yakin untuk pakai pam manual sebab pernah baca pam patah. kalau saya yang pakai agaknya lagi cepat patah. tongue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *