Tips pump@work

Assalamualaikum..

Ramai yang mula berhenti menyusu sebaik mula bekerja dengan alasan susu kurang dan akhirnya habis. Ya, mula-mula kena faham asas penyusuan iaitu supply by demand. takde demand, takde supply. sebab tu kena pam juga di pejabat supaya sentiasa ada demand bahawa lebih susu diperlukan.

Tetapi ada juga yang rasa leceh nak pam di pejabat. hmm..yang itu tak dapat nak ditolong. kita dah bersusah payah 9 bulan mengandungkan bayi dan melahirkan, takkan tak nak bagi yang terbaik kan? insyaAllah diorang juga yang akan doakan untuk kita nanti bila kita mati. Jadi, berilah yang terbaik untuk anak kita supaya dia jadi yang terbaik. Tak kisah la sama ada dari segi didikan, makanan, penyusuan dan lain-lain.

walau bagaimanapun, saya bagi sedikit tips untuk memudahkan mengepam di pejabat dan memastikan production susu kekal banyak.

  1. Pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
  2. Minum air masak yang banyak. sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Untuk lebih mudah, sediakan botol 1 liter air di atas meja di pejabat sebagai indicator.
  3. Gunakan pam elektrik double pumping untuk menjimatkan masa.
  4. Pam sekurang-kurang 15-20 minit.
    Ini adalah untuk memastikan B dikosongkan dengan betul dan bagi mendapat foremilk(susu awal yang mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan haus bayi) dan hindmilk (susu akhir yang mengandungi lebih lemak untuk mengenyangkan bayi). Sekiranya pam terlalu sekejap, dikhuatiri bayi cuma dapat foremilk yang lebih banyak air. maka keluarlah isu, “bayi saya tak cukup susu”, “asyik mengamuk sebab lapar” etc
  5. Selepas pam, simpan corong dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
    Lepas balik kerja baru basuh untuk menjimatkan masa. corong yang disimpan dalam peti tidak akan dicemarik bakteria, jadi boleh pakai berulang-kali walaupun tak basuh. tapi pastikan simpan dalam bekas yang bertutup ye. Takut ada bau peti ais pula.
  6. Untuk susu yang dah dipam, lebih baik simpan dalam cooler bag. InsyaAllah boleh bertahan dalam 8 jam lebih. kena letak ice pack banyak sket la. takut bila letak dalam peti ada orang yang terkejut plak.

sebenarnya tak susah pun nak pam semasa bekerja. memang kena berkorban banyak benda juga dan sedikit penat. Tapi itulah namanya pengorbanan kan. sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu. Yang penting apa yang kita buat untuk anak tu ikhlas. Bukan harap balasan si anak bila dewasa tapi harapkan balasan dari Allah. Insya-Allah.

Happy pumping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *