susu kurang? Apa nak buat?

Assalamualaikum…

Hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan. Hidup ini seperti roda sentiasa ada naik turunnya. sama juga dengan dunia penyusuan. kebelakangan ni susu yang diperah sedikit berkurangan. Mungkinkah kerana tidak sihat dan tidak mengepam minggu lepas? Mungkinkah sebab bertukar jadual makan vitamin? Mungkinkah sebab kurang konsisten berdoa? Wallahua’lam.

Tetapi yang penting, ini bukan akhirnya. susu kurang kita cuba banyakkan balik. Antara usaha tambahan yang boleh dilakukan :

  • buat power pumping iaitu 10 minit pam-10 minit rehat-10 minit pam berulang-ulang selama sejam. (bila la ada masa nak buat ni.)
  • pam selepas bayi menyusu
  • tandem pumping (sebelah menyusu, sebelah mengepam)
  • makan makanan yang boleh banyakkan susu (refer sini)
  • tambah pengambilan supplement

Asas minum air banyak, kerap mengepam dan banyak berdoa tetapi kena buat ye. Kalau ada sesiapa ada idea nak tambah lagi, silakan. Buat masa ni, ini je yang teringat.

Semoga Muadz dapat menyusu susu ummi sepenuhnya hingga 2 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *