Perlukah Susu Lain Selepas 2 Tahun?

Perlu sangat-sangat-sangat. Entri kali ini saya nak cuba sedarkan masyarakat tentang pengambilan susu selepas terputusnya susu badan bagi ibu yang sudah pun selesai 2 tahun penyusuannya. Sesetengah pendapat mengatakan tidak perlu bergantung kepada susu sahaja kerana kalsium boleh juga di dapati daripada sumber makanan seharian tetapi bagaimana pula anak yang susah nak makan?

First, saya ucapkan terima kasih kepada mommylina kerana mengupas isu ini dengan lebih mendalam dan saya harap selepas ini ibu-ibu akan lebih jelas dengan misi mereka selepas 2 tahun.

1. Susu bukan calang-calang minuman. Ia ada disebut dalam al-Quran.

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya” (an-Nahl:66)

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya; Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu” (al-Mu’minuun:21)

2. Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW (susu kambing)

Dalam peristiwa israk Mikraj, Rasulullah dihidangkan 3 benda; arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing dan meminumnya.

3.  Susu sangat banyak khasiatnya (bukan setakat kalsium aje). Rasulullah menerangkan bahawa susu boleh menguatkan akal, menajamkan akal, menguatkan badan dan membaiki pengelihatan.

Dan ada satu perkara lagi yang saya baru jumpa, semasa mengulangkaji bab sinaps yang saya belajar dalam Seminar Early Childhood Education di Genius Baby on Board minggu lepas.

Susu penting untuk menjadi bijak!

Susu (tak kira susu ibu, susu lembu, susu kambing) mengandungi sejenis asid lemak yang dinamakan Gangliosida. Gangliosida ni penting untuk otak. Ia membantu otak untuk menyambungkan sel-selnya. Umpama fungsi pensel nak sambungan titik-titik pada lukisan dot-dot tu…

Semakin banyak sel-sel otak bersambung, semakin cepat pembelajaran berlaku

Itulah hikmahnya bayi disarankan diberi minum susu badan sehingga usianya sekurang-kurang 2 tahun. Semasa usia ini, sel-sel otak giat berkembang. Sel otak berkembang dengan pesat di awal usia (0-3 tahun). Jadi tugas ibu bapa ialah menyambungkan sel-sel yang dah terbina tu. Itulah antaranya dengan memberi nutrisi terbaik untuk otak, yakni Gangliosida.

Jadi anak kita memang perlu minum susu. Selain susu penting untuk perkembangan otak mereka (biasa kan orang kata susu ni untuk tulang dan gigi aje), ia juga sebagai penggalak kepada mereka menggemari minuman sunnah.

Al-Quran menyuruh ibu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun, dan al-Quran juga suruh minum susu dari binatang (lembu, kambing, unta) iaitu selepas usia itulah. Jadi dalam menggalakkan penyusuan ibu perlu jelas, usia 0-2 tahun -> minum susu ibu; usia 2-XXX tahun -> minum susu haiwan ternakan. Susu yang segar tenyata lebih berkhasiat dari susu tepung (susu formula). Jadi cuba dapatkan susu lembu/kambing/unta/etc segar untuk anak-anak.

Galakkan anak-anak menyukai susu, sekurang-kurangnya mengikut salah satu langkah sunnah. Untuk bayi, usahakan untuk memberinya susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang paling sesuai buat mereka.

sumber : Kiosk Shaklee & Me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>