pengurusan EBM di taska

Assalamualaikum…

Semalam terpaksa membuang 3 bekas EBM dalam bekas dadih tu. Lebih kurang 5 1/2 oz terpaksa dibuang sebab dah expired. rasanya lepas ni pun ada yang bakal menyusul. lupa pulak nak ambil gambar sebelum buang.

hubby kata membazir je. baik bagi kat taska. hmm…ada juga terfikir, membazir buang EBM tu. sebelum ni ada bincang dengan kawan, nak jadikan anak dia anak susuan sebab susu dia sikit dan dia kena top-up formula. daripada top-up formula pilihan yang lebih baik adalah susu ibu dari ibu lain. tapi hubby dia macam tak setuju dan nak cuba juga. Yelah, ibu dia pun sedih sebab tak dapat nak bagi susu dia sepenuhnya.

sebelum ni terfikir juga nak bagi EBM satu botol di taska yang lain tu bagi fresh (perah hari ni, bagi esok), tapi bukan ke fresh tu yang lebih banyak khasiat. mestilah nak bagi yang terbaik untuk anak kan. Kalau ikut susunan susu yang terbaik untuk bayi :
1. Susu ibu terus dari dada ibu
2. susu ibu yang disejukkan
3. susu ibu yang dibekukan
4. susu dari ibu lain
5. susu formula dari tumbuhan
6. susu formula dari haiwan

ni dapat masa pergi kelas susuibu hari tu. setakat ni walaupun bagi semua yang fresh ke taska, masih ada extra untuk buat stok. Alhamdulillah. bila bagi yang fresh, kalau baby ada rashes ke cirit ke terus ingat balik, apa yang sendiri makan. kot-kot ada yang tak kena dengan makanan tu.

Lagipun pengurusan susu ibu di taska tu berbeza sedikit. biasanya hari isnin saya akan bekalkan 4x3oz+1x2oz. 4 1/2 botol. biasa muadz akan habiskan 3 1/2 botol, kadang-kadang 3 botol. jadi cikgu dia akan simpan baki dalam peti ais, esoknya bagi minum yang itu dulu baru bagi yang baru. Sebelum ni ada baca, sebaik-baiknya pagi-pagi bagi yang paling fresh, yang baru pam di pagi hari. Tapi disebabkan saya tak sempat pam pagi-pagi, akan susukan muadz on the way ke taska kemudian untuk bekal saya bagi yang paling last semalamnya.

seelok-eloknya bagi baby
1. fresh
2. EBM
3. fresh
4. EBM
5. fresh
kalau tak silap la ye. kalau silap harap ada peer counselor yang boleh betulkan. sebelum ni ada letak nombor pada botol suruh cikgu dia ikut susunan tu tapi sekali je dia ikut. lepas tu dia ikut suka dia balik. pernah juga bagi EBM dan tulis ‘mesti habiskan’. first time, dia habiskan. second time bagi bila balik check botol tu takde. esoknya baru jumpa botol tu. Ya Allah, entah elok ke tidak susu yang anakku minum tu.

Agaknya dia dah biasa pengurusan EBM dengan orang sebelum ni kot. sebab memang ada lagi sorang ibu yang bagi susu ibu kat taska tu. malas nak cerita panjang-panjang sebab saya pun first time mother. so kadang-kadang dia yang bagi pesanan kat saya. Jadi untuk memudahkan kerja dia dan kerja saya, saya bagi je la yang fresh sahaja. saya rasa tak membazir sebab saya cuba bagi yang terbaik untuk anak saya.

seminggu lepas raya office akan berpindah ke cyberjaya. semakin jauhlah perjalanan saya ke tempat kerja. lepas ni kena sediakan lebih sedikit bekalan susu untuk muadz. kesian muadz kena tinggal lama. waktu mengepam masa pergi dan balik kena tukar pula sebab saya akan drive sendiri. harapnya tak mempengaruhi produksi susu.

dah ada beli rumah dekat dengan office baru tapi urusan geran tak selesai lagi. bila la nak dapat pindah rumah ni. ingat dapat la beraya di rumah baru. oh ye, dalam majalah Pa&Ma bulan September ada cara untuk educate pengasuh cara menguruskan susu ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *