Pemakanan ibu menyusu…

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu.Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireenSarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

3 thoughts on “Pemakanan ibu menyusu…

  1. Menarik betul information post ni.. Saya sangat setuju berkenaan makanan seimbang adalah hadiah buat diri sendiri. Susu ibu akan tetap terbaik walau macam mane pon. Tapi Kalau kita asyik makan makanan x seimbang je, badan kita akan jadi stress. Dan ini secara x langsung akan efek pada penghasilan susu kita n kita akan lebih cepat penat untuk menjaga baby..

    So, dinasihatkan Ibu2 menyusu amalkan pemakanan seimbang n makan vitamin jika perlu. happy

  2. Topik yang menarik.. memang betul sangat tu, sebagai ibu menyusu pemakanan kita haruslah dijaga.Bukan main makan semboro jer.. Sekadar untuk hilangkan lapar dan dahaga shj. Pemakanan seimbang dan cukup zat membuatkan kesihatan badan kita ditahap yang optimum.. Inshaa Allah taiada masalah lagi untuk menyusukan anak. AWAS jika anda tidak mampu mendapatkan zat/khasiat yang secukupnya.. Boleh amalkan supplement atau vitamin untuk mendapatkan diet seimbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *