Mula kerja, susu kering

Assalamualaikum…

Sebelum ni banyak mitos yang saya baca tentang susu ibu daripada blog-blog lain. ada yang pernah diberitahu anak mereka kurus sebab tak cukup khasiat, di mana susu ibu tak cukup untuk anak dan macam-macam lagilah.

dari segi saya sendiri, orang sekeliling tak pernah pula cakap keburukan susu ibu. Malah bila tengok anak saya yang bulat tu ada yang kata ‘minum susu ibu ye, patutla.’ Ramai yang kata badan anak saya tegap sebab minum susu ibu. Dibandingkan dengan ada bayi yang bulat juga tapi badan lembik-lembik.

Wallahua’lam. Tapi saya rasa mungkin juga ada faktor genetik dan mungkin juga sebab pengambilan ESP(protein). Bukan itu yang saya nak kongsikan. Saya nak kongsikan apa yang ramai orang kata bila tahu saya fully breastfeed anak. Tak campur formula langsung. Antara respond yang saya terima :

“Banyak ye susu awak. Tak habis-habis.”
“Acik dulu masuk kerja terus susu kering.”
“Kalau kerja susah sikit nak bagi susu, nanti lama-lama kering la tu.”
“Takpelah, selagi ada susu bagilah.”

Mungkin kerana orang di sekeliling saya memang mengamalkan bagi baby susu ibu pada mulanya tapi bila susu kurang/kering atau start kerja, mereka pun terus tukar kepada formula. Biasanya saya cuma akan tersenyum dan kata ‘Alhamdulillah, ada rezeki anak’. Sebabnya kebanyakkan yang cakap tu lebih tua dan lebih banyak pengalaman. Ada pula yang memang dah stop lahirkan anak pun.

Jadi, saya pun kurang rajin nak promosi lebih-lebih. Lagi pula dialog di atas tak menunjukkan pun mereka nak tahu lebih lanjut. Tapi kalau ada yang bertanya macam mana susu boleh banyak saya akan explain.

Konsep ‘supply by demand’ sangat penting. Semakin banyak bayi menyusu semakin banyak susu yang akan terhasil. semakin kerap kita kosongkan B, otak menerima signal bahawa lebih output yang diperlukan. Tapi, biasanya bila mula masuk kerja kita tak terfikir pun nak pam keluar susu. Malah kadang-kadang rasa mengganggu bila B penuh dengan susu. Jadi, otak pun menerima signal bahawa susu tak diperlukan. Sedikit demi sedikit susu pun akan mula berkurangan.

Cuti raya hari tu saya tak bawa pam berjalan-jalan. cuma harapkan Muadz untuk menyusu. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tapi biasanya dia tak kosongkan kedua-dua belah B. Sebelah pun kadang-kadang tak habis. Dah tidur kekenyangan. Saya pula asyik tak sihat, jadi kurang istiqamah makan vitamin di cuti raya.

Naik kerja balik memang susu yang diperah berkurangan. Sekarang tengah berusaha upkan balik susu. Pam on time dan istiqamah makan vitamin. Saya juga cuba tambah bilangan alfalfa kerana alfalfa salah satu agen penambah susu.

Alhamdulillah, walaupun hasil kurang dari sebelumnya, masih cukup untuk bekalan Muadz ke taska. Dan masih ada lebih untuk disimpan buat stok. Sekarang ni stok bulan 6 dibuang sedikit demi sedikit mengikut tarikh.

Untuk menjayakan susu ibu ni, saya rasa persediann mental dan fizikal sangatlah penting. Tadi ada terbaca entri persediaan menyusukan anak. Tips-tips yang diberikan memang penting dan bagus untuk dipraktikkan.

Harapnya saya dapat menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Sekarang baru 5 bulan. Muadz, isshoni gambarimashou!!

2 thoughts on “Mula kerja, susu kering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *