Makanan penambah dan pengurang susu

Assalamualaikum..

Semalam susu saya tiba-tiba berkurangan. bila pam tak macam biasa. alhamdulillah, masih cukup untuk baby tapi macam agak terkejut. hari ni, lagi kurang dari semalam. mungkin sebab saya tukar corak pemakanan. sebelum ni pagi-pagi minum air coklat, sekarang ni minum air masak je. ada kaitan ke?

Baby baru 2 bulan lebih. Ni belum lagi masuk bulan puasa atau datang bulan. agak merisaukan juga la. Jadi saya pun cari di susuibu.com.

Makanan penambah susu

  • Kurma – selalu minum jus kurma HPA kat rumah tapi dah nak habis so jarang minum dah
  • Lobak putih, peria – sebelum start kerja ada makan sekarang dah tak
  • Madu – masa dalam pantang minum bersama air akar herbanika NR tapi dah habis. (sedap juga air tu.)
  • Longan kering – tak pernah try lagi
  • Halba – tak pernah try lagi
  • Habbatus sauda atau jintan hitam – tak pernah try lagi
  • Barli – kat office lunch minum air barli
  • Jantung pisang
  • Susu dan produk tenusu – dulu minum susu anmum baby macam sakit perut, so hold dulu
  • fenugreek – tak pernah try
  • daun kucai

Makanan pengurang susu

  • Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano,
  • Spageti bolognese? Sekali-sekala okey!
  • produk mengandungi Kacip Fatimah
  • keladi
  • kobis – ops.. hari ada makan ni banyak juga

info ni hanya sekadar untuk guide sahaja. boleh test pada diri sendiri. mungkin setiap orang effect berbeza. tapi yang penting kena kerapkan BF baby dan pam. tapi saya susah sikit nak pam bila baby ada. sebab dia susah nak tidur memang sejak lahir. tidur pun kejap-kejap je. kadang tak sampai sejam dah bangun. dalam sehari tu maybe sekali je kot dia tidur lebih sejam. so sangatlah tak sempat nak mengepam.

takpelah, insyaAllah ada rezeki untuk Muadz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *