Kebaikan Susu Ibu vs Susu Formula!!!

Assalamualaikum…

Dah lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk dengan business Shaklee sekarang ni. Alhamdulillah, business semakin berkembang. Harapnya saya dapat merealisasikan impian saya untuk buat full time business. Tengah cuba juga untuk jual cloth diapers, tetapi ada sedikit kekurangan masa di situ. huhu.

Hari ni saja nak share sebuah entry yang saya rasa agak menarik yang saya ambil dari blog shaklee saya.

Sebagai ibu bapa, kita mempunyai cara masing-masing untuk membesarkan anak, dan pilihan di tangan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Tak semestinya jika anda tidak memberikan bayi anda yang berumur 12 bulan ke bawah makan telur atau madu, contohnya, maka anda perlu memandang rendah atau mengherdik ibu bapa lain yang memberikan telur atau madu kepada bayi mereka. Begitu juga sebaliknya.

Tiada yang betul atau salah dalam membesarkan mereka. Setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

Bila bercakap tentang pembesaran anak, kita tidak lari dari topik nutrisi untuk anak-anak. Namun, perkara asas kepada nutrisi anak-anak pastinya makanan awal mereka sejak bayi iaitu SUSU. Dan, untuk susu pula, ibu bapa juga mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, mahupun susu formula.

Mari kita lihat perbandingan ringkas Kebaikan Susu Ibu berbanding Kebaikan Susu Formula.

Kebaikan Susu Ibu:

(1) Makanan awal terbaik!
(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.
(3) Bayi yang lebih cerdik!
(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.
(5) Ianya PERCUMA!
(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.
(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).
(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.
(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.
(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Kebaikan Susu Formula:

(1) Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
(2) Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?

Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.

Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Muadz yang tembam @ 6 bulan. 100% susu ibu

Jika anda tanya pada kami, sudah pasti kami 100% galakkan anda untuk menyusukan bayi anda – 6 bulan pertama dengan susu ibu sahaja, dan diteruskan penyusuan susu ibu beserta makanan pejal sehingga bayi anda berusia 2 tahun.

Boleh juga cuba:
(1) Shaklee BreastFeeding Set
(2) Shaklee Tripple M Set

dan boleh juga baca Testimonial pengguna set menyusu ni.

One thought on “Kebaikan Susu Ibu vs Susu Formula!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>