Jadual pam yang baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seperti yang ditulis di sini, dah selamat pindah rumah weekend lepas. office dah selamat pindah 2 minggu lepas. Alhamdulillah..

Sekarang ni office dengan rumah 15 minit tapi dah mula kena drive sendiri sebab hubby still kerja kat KL. lagi pun sekarang ni parking dah free jadi takde alasan la. sebelum ni parking rm24 untuk 8 jam. jadinya tak boleh la nak pam dalam kereta lagi sebab kena drive sendiri. takpelah, berdikari sikit.

Semalam first time mula bekerja selepas pindah rumah, jadi agak kelam-kabut sikit. 2 kali je pam. risau juga kalau diteruskan production akan makin berkurangan. hari ni insyaAllah akan cuba set jadual pam baru.

Rancangannya adalah keluar rumah jam 7 paling lewat pun 7.15. insyaAllah boleh sampai office 7.30pagi dan terus ke surau untuk pam dulu sebelum mula kerja. 2 kali masa tengah kerja iaitu 10.45pagi dan 2.30petang tu still tak berubah. balik pula memang akan solat asar dulu, jadi lepas solat asar akan terus pam lagi. lepas ni drive sendiri takde la berkejar sebab hubby dah tunggu kat depan.

harapnya plan ni akan terlaksanakan. InsyaAllah akan terus istiqamah untuk mengepam dan berikan yang terbaik untuk baby. Sekarang susu dah sedikit berkurangan especially bila dah petang-petang. Mungkin juga sebab penyakit M untuk mengepam bila time cuti. Walau bagaimana pun akan berjuang habis-habisan untuk breastfeed Muadz.

p/s – projek rahsia tangisan bayi dah hampir siap. Jangan lupa mendaftar ye. Nanti akan ada promosi menarik untuk sesiapa yang mendaftar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *