Foremilk & hindmilk

Assalamualaikum..

Dulu kita selalu dengar orang kata, susu belah kanan nasi belah kiri air. jadi kena bagi belah kanan dulu kemudian tukar belah kiri. Ada pula yang selang 5 minit bertukar B. Sebenarnya, kenyataan tu adalah tidak benar.

Susu ibu sebenarnya mengandungi foremilk(susu awal) dan hindmilk(susu akhir).

foremilk hindmilk

Foremilk(kiri) dan handmilk(kanan)

Foremilk ialah susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

Hindmilk pula susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai tongue. Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Kedua-dua komponen ni sangat penting untuk bayi. Jadi, kalau kita sering bertukar-tukar B pada masa sekejap bayi cuma akan dapat susu cair dan tak dapat khasiat sepenuhnya.

Allah dah jadikan susu ibu tu sangat istimewa. Komponen susu ibu berbeza mengikut cuaca, umur malah bayi itu sendiri. Semasa cuaca panas susu awal akan lebih banyak dan membolehkan bayi menghilangkan dahaga. Manakala, masa sejuk susu pekat lebih banyak untuk menambah lemak.

Susu seorang ibu dengan ibu yang lain pun ada berbeza sedikit apatah lagi kalau diberi susu formula. sebab tu susu yang paling baik adalah susu dari ibu bayi sendiri. Paling baik secara direct breastfeeding, kemudian susu perahan fresh, diikuti susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan. Lepas tu barulah susu ibu dari ibu yang lain. Subhanallah, hebatnya Allah kan.

Supaya bayi dapat khasiat sepenuhnya, susukan bayi sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk sebelah B. Kalau bayi boleh minum sampai B betul-betul kosong lebih baik. Kemudian baru offer sebelah lagi kalau dia masih lapar.

Kalau dia dah kenyang, yang sebelah tu boleh la diperah untuk dijadikan stok supaya B tak bengkak sebelah.

rujukan :
http://myangels-love.blogspot.com/2010/06/revision-5-foremilk-hindmilk.html
http://www.momschoice.com.my
/blog/?p=137

http://nonaku.com/blog/blog1.php/2009/01/19/pengalaman-penyusuan-ibu-bekerja-ii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *