Doa membanyakkan susu

Assalamualaikum…

Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta. Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.

Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.

Mungkin kerana hubungan kita dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablum minannaas) yang tak berapa cantik menyebabkan Allah menguji kita dengan pelbagai ujian dan teguran. Apa kata kita cuba check amalan kita seharian dan tambahkan amalan di bawah untuk membantu membanyakkan lagi rezeki anak kita.

  1. Amalkan doa di bawah

    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
  3. amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
     

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

  4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.

Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

sumber : Iffa

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Doa membanyakkan susu”

  1. el says:

    bgslah n3 ni
    mtk izin nak copy paste n3 ni kt blog saya boleh

  2. nurulziana says:

    salam.. akak.. sy nak mintak tok share artikel ni kat blog saya boleh.. sy skrg ngh dlm usaha tok mempanyakkan ilmu tentang penyusuan bayi ni.. blog akak ni mmg banyak bagi informasi.. dh ada a few artikel yg sy print out untuk baca masa pantang nanti..happy

Leave a Reply