Breastpump vs hand-pumping

Assalamualaikum…

kalau di rumah biasanya saya akan buat hand-pumping sahaja sebab rasa agak lambat nak pasang pump. sekarang ni pagi-pagi selalu je kebasahan sebab muadz dah tak bangun malam untuk menyusu. jadi pagi lepas sahur saya akan buat hand-pumping. Pro and cons hand-pumping ni…

Kelebihan :

  • Di mana-mana sahaja. Takde plug atau bateri pun takpe.
  • Masa persediaan 0 minit. ambil botol dan boleh terus pam. tak perlu nak pasang-pasang.
  • melegakan urat-urat sebab sambil pam sambil mengurut.
  • senang berhenti dan susukan anak. bila-bila pun boleh stop. tak perlu nak cabut pam. nanti nak kena basuh pula lagi.

Kekurangannya pula :

  • Penat. sekejap je dah rasa penat je nak pam.
  • lama. untuk amatur seperti saya agak lama nak kosongkan B.
  • single pumping only. pakai FS 20 minit boleh dapat 10oz untuk dua belah. bila hand-pumping 20 minit 3oz je untuk sebelah. lepas tu dah penat. tongue tapi ada je yang dah expert boleh dapat 5 oz 10 minit. so kena asah lagi kemahiran.
  • susah control. kalau tak betul kadang-kadang susu boleh memancut ke tempat lain.
  • tak boleh buat benda lain. dah biasa pakai FS, boleh sambil buat benda lain. huhu.

Perbandingan ni hanyalah untuk hand-pumping vs Medela FS ye. untuk jenis pam yang lain saya tak tau sebab saya tak guna. mungkin ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. mungkin sebab saya ni tak berapa mahir jadi banyak kekurangan yang saya dapat.

Biasanya kalau pakai tangan mesti saya tak betul-betul kosongkan B sebab penat tangan dan sakit leher asyik menunduk. lepas tu bila dah keluar sikit-sikit tu dah jadi tak semangat je nak perah dah. huhu. so lepas tu sumbat pada muadz je la suruh kosongkan.

saya buat hand-pumping ni pun bila dah overflow je. huhu. sila jangan contohi sikap ini ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *