BF baby mahal?

Assalamualaikum..

Ada yang beranggapan BF baby memerlukan perbelanjaan yang besar. (terutama kalau anda membaca blog saya.  tongue  ) saya memang cepat  teruja dengan benda yang saya minat dan sanggup berbelanja sekiranya saya rasa benda yang dibeli itu berbaloi.

Untuk barangan mengepam seperti set Medela FS, ice pack, botol MLO, bantal menyusu dan banyak lagi, saya sanggup berbelanja kerana saya yakin ianya akan digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Saya jarang membeli handbag dan kasut kerana yang ada masih boleh dipakai. nanti kalau tukar-tukar handbag tentu ada sahaja benda yang tertinggal. kasut saya ada 3 pasang iaitu sepatu, sandal dan selipar. cukuplah tu.

Untuk barangan BF, walaupun agak mahal tetapi saya bercadang untuk menggunakannya sebaik mungkin. biar sampai lunyai. InsyaAllah, harapnya Muadz bukan bayi pertama dan terakhir. mestilah nak ramai anak kan. InsyaAllah dapat meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Tapi, rasanya lebih baik  berkualiti daripada kuantiti kan. Apa pun usaha itu penting. Anak pun boleh jadi ujian buat ibu bapa.

ok, berbalik kepada tajuk. anda sebenarnya tidak memerlukan breastpump pun. pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri. Boleh gunakan kaedah Marmet untuk perah guna tangan. Saya gunakan kaedah Marmet sekiranya di rumah. (sebab Muadz sangat jeles dengan pam. tongue ) Nak simpan susu? guna bekas dadih pun boleh. tapi jangan lupa sterilize dulu. Tapi, lepas ni saya nak guna plastik simpan susu kerana lebih jimat ruang. Peti ais dah tak muat.

baju? tak payah beli baju menyusu pun takpe. pakai baju kurung pun boleh ataupun blouse/jubah yang berbutang di hadapan. InsyaAllah, kalau kita benar-benar ikhlas nak berikan yang terbaik, kita akan berusaha semampu kita. Tak perlu memaksa diri.

Sama juga seperti cloth diapers. kos permulaan memang agak mahal tetapi untuk jangka masa panjang, insyaAllah lebih menjimatkan. saya masih belum fully cloth diapers muadz sebab kos belum cukup. InsyaAllah akan tambah sedikit demi sedikit.

Selamat menyusukan anak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *