Bayi tak kenyang.. tak cukup susu..

Assalamualaikum..

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Ramai juga ibu yang merasakan susu tak cukup kerana bayi asyik terjaga dan tidak tidur lama. Susu ibu mudah dihadamkan oleh bayi, oleh itu bayi akan lebih kerap menyusu dalam masa sejam setengah atau 2 jam sekali. Berikan susu sekurag-kurangnya 8-10 kali sehari untuk bayi anda.

 

Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu…

 

sumber : http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1471-saiz-perut-bayi.html

 

 

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Bayi tak kenyang.. tak cukup susu..”

  1. Rina says:

    Ini cerita pengalaman saya.

    Saya dulu planning bagi susu ibu kepada anak saya. Saya beli pam susu, paket2 nak letak susu, botol2 yang banyak supaya saya boleh simpan susu saya dalam freezer.

    Mula2, anak saya ok saja. Minum susu, salin lampin, tido. Beberapa hari selepas itu, didapati anak saya asyik menangis. Awal pagi kurang lah nangis nya, masuk tengahari sampai ke tengah malam, asyik meraung budak tuh. Mak saya kata sawan tangis, tapi selalu sawan tangis bermula pada waktu malam, ini bermula pada tengah hari.

    Dah beberapa hari anak saya asyik menangis, saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor yang check cakap bahawa anak saya tak cukup susu. Dia suruh tambah susu, anak saya dah mula starving. Suami saya tak percaya cakap doktor. Dia kata takpa, kami cuba lagi bagi susu badan. Demand akan menyebabkan pengeluaran susu makin bertambah. Saya ikut saja.

    Balek rumah, anak makin kuat menangis. Pagi pun dia mula menangis dah. Kali nih, dengan saya sekali menangis. Hampir meroyan dah. Suami kata kita balik ke hospital Putrajaya untuk pemeriksaan bayi. Hospital tersebut memang breastfeed friendly, so takkan doktor nak tipu. Di Emergency Room, anak saya menangis sampai tiada suara dah.

    Kali nih selepas pemeriksaan doktor, dia sambung kami untuk jumpa nutritionist bagi bayi. Selepas pemeriksaan tambahan, kedua-dua doktor dan nutritionist bersepakat bahawa anak saya memang kelaparan yang amat dan mereka sarankan kami untuk menambah susu botol ke dalam diet anak saya. Saya diajar untuk melihat tanda2 bahawa anak saya masih lapar selepas minum susu ibu.

    Bermula hari tersebut, saya akan memberi susu ibu kepada anak saya, dan jika tanda2 lapar masih ada, untuk menambah susu botol kepadanya.

    Yang saya hendak nyatakan di sini adalah, memang kita nak yang terbaik untuk anak kita. Tapi tolong jangan nyatakan secara conclusive bahawa soal susu tidak cukup itu tidak wujud. Sesetengah ibu terpaksa menerima kenyataan bahwa walau sekuat manapun kehendak mereka, macam2 yang dimakan untuk pengeluaran susu yang maksima, sekuat dan sebanyak mana pun perahan susu (power pumping) yang dilakukan, tetapi rezeki susu ibu itu masih di tangan Allah.

    Semuga susu anda banyak untuk anak anda.

    • admin says:

      Terima kasih atas komen. Betul, rezeki susu tu dari Allah yang menentukan. Dan kita diminta berusaha bersungguh-sungguh. Banyak faktor yang perlu dilihat sebelum seseorang itu rasa susu tak cukup dari segi pemakanan, kesihatan ibu, kekerapan pam etc…

      Ada ibu yang tak menyusukan dengan kerap sebab tak faham asas penyusuan dan bila susu berkurangan tapi pada masa yang sama demand baby bertambah, maka jadilah masalah bayi tak cukup susu. Walau bagaimanapun, memang ada je ibu yang dah apply segala asas penyusuan, dah ambil pemakanan seimbang, minum air banyak, ambil supplemen dan sebagainya tetapi masih tak dapat menyusukan anak. Sebab tu Allah bagi option kedua dalam al-Quran iaitu ibu susuan.

      masa anak pertama mula2 xdapat juga susukan anak betul2. saya call kounselor laktasi dan baca macam2 ilmu disamping banyakka berdoa. alhamdulillah, Allah sampaikan rezeki nak menyusukan anak sepenuhya

      Semoga anda dapat menyusukan anak sepenuhnya untuk anak seterusnya.

Leave a Reply