Bayi minum banyak

Assalamualaikum…

Saya ada dapat email, ada seorang sahabat yang anaknya minum banyak dan dia masih belum sempat buat stok. hantar ke taska 6x3oz dan semuanya habis. saya pun mula terfikir, anak saya minum sikit sangat ke? tapi bila dengan saya ok je. poo poo dia pun ok. tapi memang dah biasa macam tu dari mula hantar. saya tengok memang kebanyakkan orang bagi 6x3oz, lebih bilangan botol pun ada.

Yang penting saya rasa kena monitor macam mana pengasuh bagi susu. Hasil pencarian saya, ada terjumpa di forum susuibu.com di mana pengasuh buang lebihan susu ataupun paksa bayi minum. Bila bayi menyusu dengan botol, susu akan masuk walaupun bayi tidak menghisap. berbeza dengan apabila bayi menyusu direct.

Awalnya sebelum hantar anak ke taska saya cuba bagi anak saya susu dalam botol. masa tu letak 2oz tapi dia tak puas. masih nampak lapar. kemudian saya tambah 1oz. masa tu dia belum 2 bulan. saya bagi dia isap sikit-sikit kemudian tarik. takut juga dia nipple confuse. takde orang lain nak tolong train, jadi saya train sendiri. memang habis 3oz.

jadi bila hantar taska, mula-mula saya bagi 6x3oz tapi 4 botol je yang habis. kadang-kadang 3 botol. kadang-kadang saya bagi satu botol yang 2oz. saya juga bagi jadual untuk cikgu isi untuk monitor macam mana anak saya minum. meang dia habiskan 3oz tapi sekali minum ada yang sampai sejam. bersabar betul la cikgu dia tu. (ni yang start rasa sayang nak tukar taska ni. crying )

jadi saya dapat tau dia start minum pukul berapa, habis minum pukul berapa dan berapa banyak dia minum. bila balik tengok dia buang air besar dan air kecil macam biasa, insyaAllah ok la tu kot.

Ada juga terbaca disebabkan pengurus taska yang tak berapa pandai manage EBM, ada yang EBM basi. sayangnya.. penat-penat kita mengepam, senang-senang je kena buang.

saya juga pastikan sebelum hantar taska baby dah kenyang. So dia start minum kat taska lambat sket. saya pesan juga kat cikgu dia supaya sejam sebelum balik jangan bagi minum. ambil je muadz terus saya susukan dalam kereta.

biasanya cikgu dia akan bagi juga minum sikit sebab dia dah nak mengamuk. tapi jumpa je ummi terus cari-cari lagi. happy (sayang anak ummi.)

Saya kongsikan jadual yang saya buat kalau ada yang nak guna ye.. klik link di bawah.
Jadual susu

2 thoughts on “Bayi minum banyak

  1. puan..sy nk tnya..ank sy dah 8bulan tp minum ebm sgt sikit..sy bekalkan 4 0z x 3 botol setiap hari ms dah start solid dr umo 6bln cuma habis 2 botol..kdg2 je abis 3 botol..ckup tak kuantiti su2 yg dia minum yer? pengasuh ckp dia takmau minum..wpun dia dah master guna botol..dulu2 ms kecil dia ada mslh xgemar puting botol..skrg dah ok sbb klu air masak laju je..? cemana yer?

    • Salam…

      sekiranya bayi makan banyak memang akan kurang menyusu. sebaiknya cuba monitor kuantiti makanan dan susu. Bagi susu separuh kemudian baru bagi makanan. untuk bayi bawah 1 tahun, makanan hanyalah tambahan. Susu masih makanan utama. mungkin disebabkan dah banyak makan bayi jadi kurang berminat untuk menyusu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *