Anak lapar, susu tak cukup

Assalamualaikum…

Ramai sangat yang cakap rasa susu tak cukup dan anak sering lapar terutama sekali semasa dalam pantang. Tapi tahukah, bila kita setkan mind kita bahawa susu mungkin tak cukup maka itulah yang kita rasakan. Tapi sebenarnya perut baby sangat kecil. baby yang baru lahir, perutnya hanyalah sebesar buah cherry. sanggup ke kita sumbat susu banyak-banyak kat dia? dan disebabkan perut baby yang kecil ni maka dia cepat kenyang dan cepat lapar kembali. sebab tu kena susukan dia sekerap yang mungkin.

Pakar laktasi mengatakan susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam selama 20 minit setiap kali. Tapi kalau baby dah lapar kembali dalam masa sejam, terus susukan. tak perlu tunggu. (Anak saya minum sampai sejam setiap sejam setengah masa dalam pantang.)

Klik sini untuk lihat carta saiz perut baby.

Saya dulu pun sering dimomokkan dengan susu tak cukup selepas bayi lahir. Tapi saya tidak diberi peluang untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Jadi macam mana la badan saya nak produce susu banyak-banyak. Dan saya juga tak berapa pandai pegang baby untuk disusukan. Jadi semasa di hospital memang baby dah diberi susu formula. Saya yang baru pertama kali menjadi ibu, akur walaupun sedih tak dapat susukan baby di hospital. 2-3 kali je dapat kot. itupun masa mak dan kawan-kawan hubby datang.

Kawan hubby ada yang pro-breastfeeding so dia banyak bantu juga. tapi saya request pada nurse untuk bagi baby susu pakai sudu dan tidak guna botol. bila keluar hospital saya masih tak pandai pegang baby. kadang-kadang dia dapat, kadang-kadang dia tak dapat. jadi dia memang banyak menangis. akhirnya, ada juga bagi susu formula.

bila sampai di rumah mak saya, mak saya memang tak bagi baby minum susu formula. dia ajar saya duduk dan pegang baby yang betul. saya pun buka balik buku-buku yang saya ada untuk belajar pegang bayi. pegang tangan kanan macam ok, bila tangan kiri kekok sedikit. yang saya tau masa tu bila baby lapar saya sumbat aje dengan B, dalam kepala saya langsung tak terfikir susu tak cukup. Saya cuma fikir, oh, baby dah lapar balik. walaupun dia baru menyusu setengah jam yang lalu selama hampir sejam.

Cuma masa mengurut sebab ambil masa yang agak lama untuk urut, baby mengamuk lagi. tukang urut pula suruh bagi formula. hari pertama urut, suami bagi sedikit susu formula yang dicairkan. malam tu kami berusaha perah susu. Hasil dari kedua-dua B dapat 2 oz je. itu pun selepas berhempas-pulas perah sampai saya dah give-up nak perah. tapi hubby tetap bagi sokongan. Sokongan hubby memang sangat penting.

lepas 3 hari mengurut saya dapat rasa B agak penuh dan bila perah dah boleh memancut-mancut. itupun hasil sebelah hanya 2oz walaupun dah pakai breastpump. saya cuma perah sebab nak tengok berapa banyak dan saya simpan buat stok. masa dapat 2oz untuk sebelah tu saya dah rasa sangat gembira. Alhamdulillah.. sekali lagi saya tak fikirkan susu saya tak cukup tapi banyak itulah yang baby perlukan.

masa baby sebulan lebih saya cuba bagi dia guna botol. dah bagi 2 oz dia still nampak lapar. jadi saya tambah lagi 1oz. oh, anak saya minum 3 oz. tapi setiap kali perah saya dapat maximum 2.5 oz je untuk sebelah. kalau menyusu direct cukup pula dia minum sebelah je. hasil pembacaan saya baru saya tahu, minum guna botol berbeza dengan minum direct.

saya jarang pam masa dalam pantang. cuma masa baby tidur petang yang tak nak bangun-bangun walaupun dah cuba macam-macam cara nak kejutkan dia. lama-kelamaan saya belajar memahami bayi saya, saya belajar memahami jadual minum dan maksud tangisannya. Yang menjadi punca saya mengilhamkan buku “Rahsia Tangisan Bayi” kerana nak berkongsi dengan ibu lain.

Jadi, masa bila susu saya banyak? sejak bila saya dapat pam 5-6oz untuk sebelah B? Bila saya dah mula kerja, saya konsisten pam pada waktu yang sama. Masa mula bekerja memang selalu kebocoran sebab belum set masa. selepas dua minggu, susu mula banyak keluar pada masa yang selalu dipam. Alhamdulillah, walaupun sekarang kadang-kadang dapat 3oz je untuk sebelah tapi saya bersyukur kerana ada rezeki lagi untuk anak saya. Tapi saya akui hasil berkurangan sebab saya mula tak konsisten dalam mengepam sebab banyak benda yang terjadi.

Alhamdulillah, sekarang baby hampir 6 bulan. Saya masih menanti untuk dia benar-benar 6 bulan (lebih sikit pun takpe) untuk menyuapkan dia makanan. kalau orang dulu-dulu tengok muadz mesti dah kata budak lapar nak makan sebab muadz suka masukkan semua benda dalam mulut dan mengunyah. Tapi sebenarnya bayi belajar tentang sesuatu dengan memasukkan benda ke dalam mulut. Tapi hati-hati supaya baby tak masukkan benda tajam atau berbahaya.

Jadi, konsep demand dan supply sangat penting sebenarnya. semakin kerap kita susukan baby atau pam maka makin banyaklah hasilnya. masa dalam pantang terutamanya memang masa yang sangat penting untuk badan produce susu. memang kena susukan baby dengan kerap. Jadi, jangan letakkan mind-set bahawa susu tak cukup ye.

happy breastfeeding!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *