Air susu ibu

Assalamualaikum..

Semalam seperti biasa lepas solat Zohor, saya memulakan aktiviti mengepam. Disebabkan dah berpindah ke office baru, saya pam di surau sahaja sebab masih belum ramai orang dan surau dekat.

Masa pam ada seorang akak tanya, anak berapa bulan. Saya jawab 5 bulan. Dia kata anak dia dah 4 tahun tapi masih minum susu ibu. Tak mahu berhenti. Dia sempat juga bagi tips, kalau rasa susu kurang pergi urut. Mungkin ada yang tersumbat. Kalau tidak pun, urut boleh melancarkan lagi aliran darah untuk keluar susu.

Dulu dia pun pam juga di office tapi lepas anak umur setahun dia berhenti pam. Alhamdulillah, dia dikurniakan Allah susu yang banyak. Biasanya bila kurang pam maka susu pun akan berkurangan. Tapi saya tak tanya pula sama ada dia campur susu formula atau tidak. Anak kakak saya (anak buah saya) yang kedua pun menyusu sampai 2 tahun lebih tapi campur formula. Biasa mak dia akan offer susu botol dulu, kalau dia tak nak baru bagi susu badan.

Masa anak pertama, dia kerja jadi susu cepat kering. Masa anak kedua, kakak saya duduk rumah, jadi anak dia selalu menyusu masa di rumah. Mungkin tu sebab susu masih banyak walaupun tak mengepam. Masa tu saya masih tiada ilmu tentang susu ibu. Semua asyik mengejek anak buah saya tu sebab dia masih minum susu ibu walaupun dah lebih 2 tahun termasuklah saya. Dan selalu juga mak dia marah sebab asyik nak susu mak tak nak minum susu dalam botol. (Jahilnya kami masa tu.)

Itu mitos yang kuat dalam keluarga saya. 2 tahun KENA berhenti susu badan. Hari tu mak saya ada sebut juga, dah 2 tahun kena berhenti, nanti jadi makruh. Alhamdulillah, dengan ilmu yang Allah kurniakan pada saya, saya jawab, “Dalam Quran dia kata sekurang-kurangnya 2 tahun, maknanya minimum 2 tahun tapi kalau tak mampu boleh je berhentikan.”

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun)(memberhentikan penyusuan) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Sebelah keluarga mertua pula, mereka ada mitos kena berhenti susu ibu bila mengandung sebab susu tu beracun dan tak boleh menyusukan 2 anak sekali sebab susu itu hak si adik. Menyusu semasa mengandung tak menyebabkan susu beracun tapi mungkin akan kekurangan susu dan menambahkan keletihan pada badan ibu. Mungkin juga boleh menyebabkan keguguran sekiranya rahim tak kuat jadi kena consult doktor dulu.

Untuk mitos kedua iaitu susu hak si adik saya tiada teori yang kuat untuk menerangkan tapi bagi saya susu ibu adalah hak anak-anak tak kiralah dia anak nombor berapa pun. Bila anak kerap menyusu makin banyaklah susu badan kan. Tak perlu susah-susah pam banyak kali. Kalau adik tak habis menyusu, minta abang/kakak kosongkan B. (Hakikatnya tak tahu lah sebab tak mengalami)

Tadi ada terbaca tentang susu ibu di sini. Farah ni salah seorang Pakar Laktasi kalau tak silap saya. Kalau salah, harap maaf ye. Banyak maklumat berguna dalam blog tu.

p/s – semoga saya dapat menyusukan Muadz tanpa susu formula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *