Pengalaman bersalin kali ke-2

Assalamualaikum..

Waahh.. dah lama betul tak update blog ni. Asyik update blog shaklee aje. Sejak jadi WAHM ni, hari-hari asyik fikir macam mana nak upkan sales dan nak uruskan anak dan rumah je. Tak tersempat nak update blog yang ini. Alhamdulillah 25 disember 2012 yang lepas saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 3.21kg.

Pengalaman bersalin kali ni memang sangat berbeza dari yang pertama dulu. Kali ni awal-awal standby di rumah mak sebab takut bila emergency tak tau nak letak Muadz kat mana. Tapi kat rumah mak ni pun bukan ada orang pun siang-siang, semua kerja. Jadi masukkan Muadz dekat taska kat sini. Harapnya dia dapat belajar dan bersosial sikit.

Due sepatutnya 19b disember. Tapi dah lepas tarikh pun takde tanda2 nak bersalin. Bila overdue ni lagi berdebar2 sebab macam menanti2 bila la baby nak keluar ni. Orang pula asyik tanya, dah bersalin ke? Berdebar-debar juga sebab takut kena time yang tak sesuai. Hujung minggu tu suami ada test sabtu dan ahad. Suami sambung belajar part time, jadi kelas sabtu dan ahad. Sampai la dah overdue 5 hari dah start ada rasa contraction sikit-sikit. Tapi tak kuat sangat pun. Tapi saje nak ajak hubby check nak tengok baby ok ke, air ketuban ok ke. Malas nak pegi KK sebab malas nak menunggu, jadi decide ke hospital terus.

Dari awal memang plan nak bersalin hospital kerajaan tapi tak tau nak pegi hospital mana. Cadang nak pegi hospital putrajaya atau serdang tapi dengarnya putrajaya macam leceh sikit dan banyak case dia tolak. Hospital Klang awal-awal dah tolak sebab ramai non-muslim kat situ. Jadi masa check ni gamble pegi hospital serdang dengan doa harap2 dia tak tolak.

Awal-awal tu dia tanya kenapa datang, saya cakap dah overdue 5 hari dan ada rasa contraction sikit-sikit. Alhamdulillah, dia bagi masuk untuk check. Bila check semua dia kata baru buka 2cm tapi dinding rahim tebal lagi, lambat lagi ni. At least lega bila dah fully check up. Esoknya hubby ada group discussion kat library. Kerap juga rasa contraction tapi tak konsisten, kadang tak rasa langsung, kadang kuat. So buat tak tau je.

Masa lunch tu dah terasa macam kuat sikit tapi takde la sekuat masa muadz dulu. So relax lagi makan nasi. Cuma kali ni setiap kali contraction rasa sakit pinggang n belakang yang buat rasa tak larat sket. pegi toilet tengok ada lendir n darah sikit. Pastu tanya kak ngah sebab dia doktor, ada posibility tak keluar lendir n darah tapi jalan tak buka. Dia kata ada je.

So biar je la dulu sebab takut jalan tak buka dan kalau pegi hospital kena balik je. Petang tu rasa macam sakit kuat tapi bila tengok belum setiap 5 minit, jadi decide nak tidur. Masa tu hubby dah balik. Cakap kat dia nanti lepas maghrib kita gi hospital ye. Saya jangka mungkin bersalin esoknya sebab kalau nak banding masa muadz dulu memang sakit tak terhingga. Yang ni macam boleh tahan lagi.

Tapi setiap kali sakit saya akan mengerang dan cuba buat pernafasan ikut mulut. Sampai hubby kata, tak payah tunggu maghrib la, jom pegi hospital. Masa tu jam 6 petang. Dia dah siap pegangkan tudung. Saya boleh pula request nak mandi dulu. Tapi bila diri baru terasa sangat sakit. mandi cepat2, tengok lendir & darah makin banyak keluar. Lebih kurang dekat nak pukul 7 juga keluar. Hubby terus memecut ke hospital serdang.

Sampai kat tempat wad bersalin tu tengok takde pula nurse yang jaga kaunter. Saya dah jalan terbongkok-bongkok sambil tahan sakit. Tekan2 loceng takde orang keluar. Sampai jaga tu kata, you masuk je la. Macam dah sakit sangat tu. Masuk je nurse check bp dan suruh check kencing tapi tak boleh nak buang air kecil. Nurse terus suruh baring nak check jalan.

Lepas check tu terus dengar kecoh kejap. Ni dah 8cm ni. Tak tau la dia cakap dengan siapa. Tak lama lepas tu doktor datang, pecahkan ketuban. Lepas tu dengar doktor kata, dah 9cm. Terus nurse kelam-kabut tolak masuk labor room. Pastu dia tanya suami ada kat luar ke? Ada, saya jawab. Pastu dengar dia jerit, panggilkan suami Nur Hanis. Suami kata, dia yang kat luar tu pun dengar.

Sampai labor room nurse suruh tukar baju hospital, masa tu menahan sakit lagi. Tapi nurse kata tukar je, awak tunggu sakit hilang nanti terberanak pula. Terus tukar baju dan tukar ke katil di labor room. Lama sikit hubby masuk, dia usap kepala dan baca zikir. Rasa tenang sikit. Nurse kata nanti bila awak rasa nak meneran tekan butang merah ni ye dan terus keluar. Saya plak tak pasti bila rasa nak meneran.  huhuhu. Sakitnya tak sekuat masa sakit nak bersalin muadz. masa tu walaupun dia kata jangan teran lagi, asyik rasa nak teran je.

Bila sakit kuar datang terus minta hubby tekan butang tu. Nurse masuk tapi masa tu dah hilang plak sakit. Tapi dia terus readykan position untuk bersalin dan kata bila nak teran terus tarik nafas kuat-kuat dan push. Nanti dia tolong. Pastu tunggu cam lama pula, bila sakit datang je saya terus push padahal macam tak sure dah sesuai ke tak. huhuhu. Masa muadz dulu ada pasang mesin, bila sakit kuat datang nurse pun suruh push sambil dia bantu tolak perut. Kali ni ada seorang je bantu dalam labor room dan nak sambut baby.

Tak tau la berapa kali push sampai rasa tak larat. pastu terus terbaring, rasa macam dah fed up je. Dalam hati, vakum je la. huhuhu. Tapi nurse tu tetap bagi sokongan. “Ni kepala dah keluar dah ni. Tengok hidung dia tersangkut ni, nanti lemas, jangan stop. Cakap dengan isteri awak ni, bagi dia support.”

Jadi saya pun terus la sambung push sampai akhirnya baby keluar. Alhamdulillah. Tapi nurse kata koyak teruk juga sebab saya angkat punggung agak tinggi. huhuhu, tak reti nak control. Pastu kulit tu macam lebam dan lembik sikit sebab kepala baby keluar masuk banyak kali. Redha je la.

Lepas baby keluar nurse angkat tinggi dan tunjuk, tengok ni boy ke girl. Hubby plak dengan excitednya jawab dulu, eh perempuan. Huhu. Baby kali ni misteri. Setiap kali scan dia tutup kaki rapat2. Jadi memang tak nampak lelaki atau perempuan. Dan yang paling bestnya lepas nurse lap-lap terus dia letak baby kat dada untuk baby cari susu. comel je. Kami main cheating sket gerakkan baby dekat dengan nipple supaya dia mudah cari. hehehe.

Alhamdulillah, baby dapat menyusu dalam labor room. Pandai betul dia cari dan isap. Bila dah siap jahit semua baru ada seorang lagi nurse datang untuk mandikan baby. dan kemudian letak baby dalam baby cot kat sebelah. Disebabkan wad semua penuh, diorang suruh tunggu dulu dalam labor room. Tapi best juga, rasa macam private room sebab hubby boleh ada sama. Lepas tu baru perasan dalam bilik tu ada komputer yang sedang pasang ayat-ayat al-quran. Best juga hospital serdang nih. Sempat main teka-teka surah dengan hubby. Dalam labor room juga hubby sempat azan, iqamat dan tahnikkan baby. Alhamdulillah.

Hari ni hari ke-15 berpantang. huhuhu.

Abang Muadz dan Nur Zilal

Perbezaan bersalin masa Muadz dan Zilal.

– Muadz di hospital swasta, Zilal di hospital kerajaan

– Muadz terus diberi formula selepas lahir(hospital tak BF friendly), Zilal dapat kolostrum terus masa dalam labor room

– Masa Muadz ada 4-5 orang dalam labor room, tolong sorak etc, masa zilal ada sorang je tukang sambut baby

– masa muadz kena induce, sakit tak terkira. Masa Zilal, natural, tak induce, tak epi(tu yang koyak tu tongue )

Alhamdulillah, dua-dua suami ada bersama semasa melahirkan. Semoga anak-anak ummi jadi anak-anak yang soleh dan solehah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *