Makanan bayi 6-7 bulan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, Muadz dah start solid food masa umur 6 bulan 2 minggu. Saya mulakan makanannya dengan carrot yang direbus dan diblend lumat. Muka Muadz masa first time makan, berkerut-kerut.

First time solid food

Apa ummi nak masukkan dalam mulut Muadz ni?


Saya letakkan sikit di hujung sudu dan suapkan. Bayi perlu diberi masa untuk belajar makan. Tidak perlu paksa sekiranya dia tidak mahu. Dan jangan terus sumbat selepas dia habis telan. Beri masa untuk dia digest. Untuk pertama kali saya beri Muadz makan dalam 5-6 suap dengan amount yang sedikit. Bukan 5-6 full spoon ye, cuma di hujung sudu. Alhamdulillah, dia boleh terima. Ditambah pula dengan bantuan hubby yang mengajar Muadz kunyah. Hubby kunyah, Muadz pun ikut kunyah. Hubby telan, dia pun telan. hehe. comel je.

Selepas 2-3 hari makan makanan yang sama baru bertukar ke makanan yang lain. Makanan yang kedua, bubur nasi pula.

Baby solid food

Sedapnya bubur nasi ni..

Kali ni dia makan dengan semangat. Memang tekak melayu, nak nasi je. hehe. Tak sabar-sabar nak ambil sudu dan nak suap sendiri. saya bagi makan sehari sekali je pada waktu malam. sebabnya, saya nak suapkan sendiri anak saya. tapi takde la bagi hari-hari pun. sebab masa ni susu ibu masih yang utama. Solid food cuma untuk perkenalkan makanan kepada bayi. Selama ni dia asyik rasa dari susu je. Kali ni bagi rasa direct.

Lepas seminggu lebih baru saya bagi bekal ke taska. Setiap kali saya bekalkan 2 sudu kecil. Untuk ibu-ibu yang bekerja dan tak punya banyak masa nak masak, boleh cuba cara saya. Untuk minggu ni saya masakkan brokoli. Mula-mula rebus brokoli sampai lembut, biarkan sejuk seketika dan blend sampai lumat. (Sila abaikan sinki yang cantek itu, kat situ je pencahayaan cantik bila ambil gambar)

Brokoli yang dah siap diblend

kemudian, ambil 2 sudu kecil dan masukkan dalam mangkuk. Tambah air masak untuk cairkan sedikit sebelum bagi bayi makan.

Siap untuk dimakan

Bakinya? Letak dalam bekas ais dan bekukan. Jangan lupa beli yang ada penutup ye. Sebelum masuk dalam freezer tutup dulu supaya tak masuk bau ayam, ikan dan lain-lain. Lain kali nak makan, masuk bekas dan cairkan aje. Mudahkan.

Bekas ais ready untuk dibekukan.

Untuk bawa ke taska, saya buat macam susu ibu. Letakkan satu kiub makanan dalam botol kecil pada malam hari. esok pagi makanan dah cair. Minta cikgu dia rendam dalam air panas untuk panaskan makanan sebelum bagi makan.

Untuk bawa bekal ke taska.

Lepas dah beku, biasanya saya akan masukkan dalam plastik. Bila bayi dah biasa dengan sesuatu makanan, dan tengok dia ok (takde alergik, sembelit dan lain-lain), boleh la campurkan dua makanan. Bila dah buat dalam bentuk kiub ni, nak campurkan lebih mudah. letak je dua kiub yang berlainan makanan.

Plastik makanan Muadz. Ada carrot, apple dan brokoli.

Makanan yang dimasak sendiri lebih baik daripada makanan segera yang dibeli di kedai. Di kedai biasanya dah dicampur perasa dan pewarna. Bayi kurang dari 1 tahun tak elok makan gula dan garam lagi ye. Nestum pun manis tau. Tentu kita nak yang terbaik untuk anak kan. Selamat mencuba!

Share
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Makanan bayi 6-7 bulan”

  1. Syafiqah says:

    wah…dah besar dah baby Muadz..bile agaknya dpt jumpa..

  2. Ros says:

    aslkum….interesting juga resepi ni ye….nak tanya la, carrot tu, rebus hingga lembik ke??? atau rebus kejap je????

    • admin says:

      salam..

      saya rebus sampai lembut.. supaya baby mudah kunyah dengan gusi. bila cucuk kat garfu tu senang tembus kira ok la tu.

  3. mell says:

    baper lama bleh tahan kalu bekukan…..

    • admin says:

      Untuk makanan bayi dalam 3-4 bulan kalau tak silap. tapi saya jarang biarkan lama2 sangat sebab makin lama akan makin kurang khasiat.

  4. ummi Imanina says:

    alhamdulillah…akhirnya jumpa jgk blog yg blh bg sy info mcmana nk bt mknan bby… TQVM ye.. pas ni sy nk try bg kt bby Imanina sy pulak…mudah2an dy berselera mkn mcm bby muadz. AMIN.

  5. iqqa says:

    nak tanya..bila kita keluarkan dr peti ais tu..cairkan tu letak air panas atau steam kan lehemail tak..iqqa84@yahoo.com

    lagi 2 minggu anak saya masuk 6 bulan nie.

  6. lin says:

    nk tanye jugak ni…
    mase nk bekukan tu masih pekat lagi kan..nk kene campur air dl ke or trus bekukan aje ek… tq

  7. sabariah says:

    Nak tanya ibu2 ..BErapa banyak kuantiti bubur nasi+puree yg ibu2 bekalkan pada pengasuh @ nurseri sehari… sehari lebih kurang untuk 2 kali makan…

    Saya selalu bekalkan bekas diameter 10cm .. tinggi lebih kurang 12cm .. sbb bekas tu tinggi dlm 15cm… pengasuh saya kata x cukup untuk anak saya mkn 2 kali… saya pelik juga.. sbb dirumah anak tidak la makan sebanyak tu…

    adakah dia lebih berselera mkn di rumah pengasuh?…

    cuma bg saya makanan yang saya bekalkan tu dah byk untuk anak saya…

    apa pendapat ibu2.. tlg beri saya cadangan…

    • admin says:

      mungkn masa di taska anak lebih berselera sebab kawan2 makan sama2. tu juga yang saya alami. kat rumah tak mau makan sangat pun. ada sekali balik kampung, masa tu kakak ipar tengah suap anak dia, muadz pun join sekali. byk juga dia makan. terkejut masa tu.

Leave a Reply