Dah bersedia makan?

Assalamualaikum…

Bulan depan Muadz akan masuk 6 bulan. InsyaAllah, boleh la mula bagi makan. Macam mana nak tau anak dah ready untuk makan ye? Pakar kesihatan dan pakar laktasi bersetuju bayi sesuai diberi makan selepas berusia 6 bulan. Tapi untuk jangka 6-12 bulan makanan hanya sebagai pelengkap tapi susu ibu masih makanan utama. Masa awal-awal bagi baby makan 2-3 sudu je untuk biasakan dia dengan makanan. Jangan paksa dia makan banyak-banyak.

tanda-tanda bayi dah bersedia untuk makan diambil dari kellymom:

  • bayi boleh duduk sendiri tanpa bantuan
  • bayi tak menolak makanan dengan lidah
  • bayi bersedia untuk mengunyah
  • bayi boleh memegang/menggenggam barang

hmm…muadz tak boleh duduk lagi. suapan makanan pertama untuk muadz saya nak suapkan sendiri. Tak nak taska yang bagi. hehehe. I want to cherish the moment. agak-agak muadz nak makan tak ummi dia suap.

Menurut kellymom lagi, patut bagi makan selepas bayi menyusu supaya dia tak paksa diri untuk makan banyak sangat dan lepas tu dah tak nak menyusu. Nanti secara tak sengaja mungkin akan menyebabkan bayi berhenti menyusu. Tapi ada juga yang bagi makan sikit dulu baru menyusu. hmm..ikut keselesaan kot.

Lagi resipi dan panduan tentang pemakanan pertama bayi boleh refer sini dan sini.

Plan saya…
Nak mulakan dengan bubur kosong. Bagi dalam 2-3 hari. Kemudian cuba bagi puri buah 2-3 hari dan puri sayur 2-3 hari. tengok kalau dia ok semua baru boleh mix and match. Nanti nak kena cari macam mana cara nak bekalkan makanan kat taska. ada baca boleh frozenkan makanan bayi ni. beriya je plan. sempat ke nak buat ni. hehehe.

InsyaAllah, belum cuba belum tau.

2 thoughts on “Dah bersedia makan?

  1. O KN TGGU DIA 6 BLN BRU LEH BG MKN YE.SY CUBA KASI SEAWAL 2 MINGGU SBB NMPK DIA LAPAR SGT WALAUPUN SELEPAS MENYUSU.SY NK CUBA BG EXCLUSIF SUSU IBU TP RS MCM XDE SUSU SELAIN ADA MASALAH LAIN YG TIMBUL.SKRG BRU SY TAU MUNGKIN SALAH TEKNIK MENYUSUKAN,N MMG BAYI CUKUP DGN HANYA MENYUSU TANPA AIR KOSONG ATAU MAKANAN TAMBAHAN.TP MCM MN SY NK MENAMBAHKAN SUSU AGAR PEKAT N BERKUALITI.ADA PETUA X?SERONOK TGK ADA YG LEH KASI SUSU HINGGA 2 TAHUN ATAU LEBIH.COZ SY SURIRUMAH SEPENUH MS RUGI LAK RSNYA KLU X BG SUSU IBU YG TIADA TANDINGANNYA.
    OOO DAPATKE SY JG 3 ANK HERO YG SEMEMANGNYA LASAK2 BELAKA N AKAN DATANG BBY LELAKI JUGAK KIAN MEMBESAR.4 HERO????UTK IBU MUDA SEPERTI SY.
    INSYA ALLAH BOLEH KOT

    • haah.. sebaik-baiknya lepas 6 bulan baru bagi makan. kalau lebih pun takpe. rasa takde susu tu mind set kita je. sebenarnya Allah dah jadikan susu yang cukup untuk setiap anak kita. cuma mungkin ada cara yang tak betul menyebabkan susu berkurangan selepas itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *