Cara mudah siapkan makanan bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Muadz dah pun 8 bulan. sekarang ni dah kurang buat puree buah sebab muadz pun macam dah pandai kunyah-kunyah sikit. bubur pun dah tak blender hancur. Alhamdulillah juga, masih fully breastfeeding muadz, tak campur lagi susu formula dan dapat bagi muadz makan hasil tangan sendiri iaitu makanan yang tak campur garam dan gula. cuma roti je yang tak buat sendiri. tongue

Jadi, sekarang ni dah tak buat makanan frozen untuk muadz. tapi untuk memudahkan diri sendiri saya siapkan makanan untuk 3 hari terus. jadinya 3 hari muadz akan makan makanan yang sama.

Untuk memudahkan juga, saya cuci beras dan blender siap-siap. Jadi bila nak masak tu kadang saya masak 2 -3 sudu besar je. cukup untuk 3 hari makan. Masa nak masak tu boleh juga masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil atau carrot atau kentang. tapi potong kecil dan pastikan lembut supaya tak tercekik.

sebagai back-up saya sediakan juga ikan bilis yang dah diblender. ikan bilis tu saya rendam untuk hilangkan garam kemudian buang tulang dan bersihkan. goreng atas kuali tanpa minyak sampai masak kemudian blender hancur.

jadi kalau tak sempat keluarkan ayam atau potong sayur untuk masuk dengan bubur saya masak bubur kosong dan gaul dengan ikan bilis yang dah masak tu. senang kan.

itu untuk lunch. Untuk breakfast biasanya saya bagi buah atau sayur yang direbus dan diblender. Yang ini pun saya buat stok untuk 3 hari. Semalam saya siapkan carrot. mula-mula saya lenyek2 tapi penat pula so saya blender sikit. tapi tak hancur habis untuk muadz kunyah2.

Ada juga yang saya biarkan dalam bentuk stik. nak ajar muadz makan makanan dalam bentuk stik pula. boleh dia gigit sikit2 dan kunyah. oh, nak panaskan makanan ni senang je. kedua-dua makanan ni saya letak dalam botol kecil. Saya masih tak bagi muadz makan banyak lagi. dalam 3-4 sudu kecil je. Untuk makanan breakfast, rendam je dalam air panas. Untuk lunch pula, bubur agak lambat dipanaskan jadi biasanya saya akan masak sedikit pekat. bila nak bagi muadz tambah air panas sket dan gaul.

makan malam kadang-kadang saya lenyekkan nasi yang saya makan dan bagi dia. tapi dia tak berapa nak makan sangat kalau dengan saya. lagipun dia masih bawah setahun. makanan utama dia masih susu ibu. saya pun tak paksa dia makan.

pejam celik pejam celik dah 8 bulan rupanya anakku. Harap ummi dapat berikan yang terbaik buatmu.

Untuk ibu yang bekerja dan sibuk macam saya mungkin boleh try. Masak cuma 3 kali sehari je.

2 thoughts on “Cara mudah siapkan makanan bayi

  1. Asli bermanfaat banget tulisannya, dari dulu ikhtiar memakai
    obat obatan tetapi belum kelihatan hasilnya. Sekarang pengen nyoba pake cara alami, bersyukur sekali
    nemu artikel ini. Jadi ketolong banget

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *