Posted by
admin on August 27th, 2010
No Comments »
Assalamualaikum…
Semalam tengok Performance Drink (PD) saya dah nak habis rupanya. tinggal lagi 2-3 sudu je. huhuhu. Energizing Soy Protein (ESP) pun dah tinggal suku. huhuhu. galak sangat minum agaknya. Dua-dua ni memang sangat sedap. jadi saya bancuh jadi air minuman, macam minum air jus je. setiap kali lepas makan bancuh. setiap kali bancuh mesti nak pekat pula tu. kalau tak rasa tawar.
biasa saya bancuh dengan air secawan lebih sket (lebih kurang dalam 300ml kot), pastu tambah 2 sudu ESP + 2 sudu PD. masa selsema hari tu pula memang banyak minum PD sahaja sebab badan rasa kekurangan air. PD tu air isotonik yang macam 100 plus cuma takde gas dan berperisa oren. bagi saya PD ni lagi sedap sebab saya tak berapa suka minum air gas. sikit boleh la. sikit tu satu dua sip je. kalau lebih, mula la sakit perut.